mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perak FC mengutip mata pertama selepas tewas empat aksi berturut turut apabila terikat 1-1 dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Perak, sebentar tadi.
Pada aksi terbabit, Perak FC tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan apabila rembatan leret Muhamad Alif Zikri Zaini Anuar menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman seawal minit ketiga.
NSFC memiliki peluang untuk mengikat kedudukan namun percubaan Casagrande pada minit ke-20 terkena tiang dan pelawat terus dihampakan dengan penyudah yang tumpul sekalipun mencipta beberapa peluang yang baik.
Bersambung babak kedua, NSFC mengikat kedudukan selepas Shahrel Fikri Md Fauzi memanfaatkan hantaran Levy Madinda pada minit ke-70 dan keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Selepas ini, Perak FC akan berdepan Kelantan FC manakala NSFC akan melayan kunjungan Kedah Darul Aman (KDA) FC, minggu depan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




