Perancangan Allah sentiasa lebih baik – isteri Faisal Halim

Perancangan Allah sentiasa lebih baik – isteri Faisal Halim

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Isteri pemain sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri berkongsi kata-kata penuh makna berkaitan perhubungan bersama suaminya di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi hantaran ringkas, Syazwani menitipkan pesanan setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik walaupun prosesnya kadang kala sukar untuk ditempuh.

Perancangan Allah sentiasa yang terbaik. Kadangkala prosesnya menyakitkan dan sukar. Namun jangan lupa ketika Dia berdiam diri. Dia sebenarnya sedang melakukan sesuatu untuk kita.

“Ingat, hidup akan jadi lebih mudah apabila kita sedar bahawa perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan kita sendiri,” tulis Syazwani.

Perkongsian itu hadir tidak lama selepas kemelut rumah tangganya bersama Faisal kembali pulih apabila pasangan ini memilih untuk berdamai dan meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

Kenyataan penuh makna itu turut menerima perhatian netizen termasuk Faisal yang rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC turut mengeluarkan kenyataan mengakui hatinya cukup lega kerana hubungan rumah tangganya kembali jernih, sekali gus membolehkan dirinya fokus kepada karier bola sepak.

Sebelum ini, Syazwani pernah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang namun mereka membuat keputusan untuk berbaik semula demi keluarga.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.

Kini, baik Faisal mahupun Syazwani dilihat semakin terbuka berkongsi detik bahagia mereka semula di media sosial, sekali gus memberi bayangan badai rumah tangga sudah berlalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top