'Perang' dadah, AADK ajak masyarakat ikut sama berjuang

'Perang' dadah, AADK ajak masyarakat ikut sama berjuang

Jertih: “Ia adalah isu yang memberi kesan besar kepada kehidupan individu, keluarga, dan komuniti,” katanya.

Menurutnya, program ini memberi peluang kepada pegawai-pegawai AADK untuk bertemu dengan masyarakat, mendengar pengalaman mereka, dan memberi penerangan berhubung langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyalahgunaan dadah,” katanya.

Ruslin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan merakyatkan perkhidmatan AADK khususnya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) amnya membabitkan kluster keselamatan, menyebar luas kempen antidadah serta meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat mengenai peranan komuniti untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha memerangi dadah secara menyeluruh.

Tambahnya, program tersebut bukan hanya berhubung memberi maklumat, tetapi berkaitan menyentuh hati dan membuka minda rakyat untuk melihat bahawa komitmen bersama adalah kunci kepada perubahan.

“Program ini adalah bukti kerajaan dan masyarakat perlu bekerjasama rapat dalam usaha membanteras dadah.

“Kesedaran yang dibina melalui pertemuan sebegini akan membawa impak besar dalam mencorak masa depan yang lebih cerah, bukan hanya untuk generasi kini, tetapi juga untuk generasi akan datang.

“Dengan penyertaan aktif dan sokongan daripada setiap lapisan masyarakat, kita yakin dapat membentuk masyarakat yang bebas daripada penyalahgunaan dadah dan lebih sejahtera,” ujarnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top