Pelakon, Eyka Farhana meluahkan rasa syukur dan teruja apabila tendangan bayi dalam kandungannya semakin kuat.
Menerusi perkongsian di Threads miliknya, isteri kepada pemain bola sepak, Akhyar Rashid ini mengakui perasaan yang dirasai itu sukar digambarkan dengan kata-kata.
“Masya-Allah, tendangan bayi semakin kuat setiap hari. Walaupun ketika saya sedang tidur, dia tetap aktif. Saya sendiri tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ini.
“Ini adalah perasaan paling indah pernah saya rasa. Ya Allah, terima kasih atas perasaan ini
“Alhamdulillah atas rezeki ini. Mama sayang awak lebih daripada apa yang boleh dijelaskan dengan kata-kata,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Eyka sepanjang kehamilan dipermudahkan.
Sebelum ini, Eyka mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan dirinya sedang hamil cahaya mata pertama.
Bagaimanapun, aktres tersebut memilih untuk tidak mendedahkan usia kandungannya kepada umum.
Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Umum Hamil Anak Pertama – “Anugerah Terindah Kami Bakal Tiba…”




