Perbankan digital GXBank penuhi keperluan moden PMKS

Perbankan digital GXBank penuhi keperluan moden PMKS

DALAM landskap perniagaan yang semakin kompetitif, pengurusan kewangan yang cekap dan pantas menjadi penentu kelangsungan serta daya saing sesebuah perniagaan.

Namun bagi majoriti perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menyumbang lebih 95 peratus pertumbuhan ekonomi negara, urusan kewangan masih dibelenggu sistem tradisional yang kadangkala membebankan.

Kesukaran membuka akaun perniagaan, proses pinjaman yang rumit dan kebergantungan kepada kaedah lama bukan sahaja menjejaskan operasi harian, malah menyebabkan mereka ketinggalan dalam ekonomi digital yang kian mencabar.

GXBank mudahkan urusan

Perbankan digital GXBank penuhi keperluan moden PMKS

Realiti ini turut dirasai oleh pemilik restoran Baan Laks Thai, Gunaselan Rajagopal, yang menyifatkan pengalaman berurusan dengan sistem perbankan tradisional sebagai sesuatu yang membebankan. 

Menurutnya, banyak masa terpaksa diluangkan untuk urusan pentadbiran, sedangkan fokus utama sepatutnya diberikan kepada operasi perniagaan dan pelanggan. 

“Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, proses membuka akaun perniagaan boleh menjadi agak kompleks dan memakan masa,” katanya.

Situasi sedemikian mencerminkan cabaran lebih besar yang dihadapi PMKS secara keseluruhan, khususnya dalam aspek pengurusan aliran tunai dan perancangan kewangan. 

Bagi Gunaselan, kecekapan sistem perbankan memberi kesan langsung kepada keupayaannya menjalankan perniagaan dengan lebih teratur. 

“Apabila urusan perbankan menjadi lebih mudah dan pantas, banyak masa dapat dijimatkan dan saya boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi,” jelasnya.

Dalam konteks inilah, kemunculan penyelesaian perbankan digital mula dilihat sebagai alternatif kepada pendekatan tradisional. 

GXBank, misalnya, memperkenalkan Perbankan Bisnes GX pada September 2025 sebagai usaha menangani jurang antara keperluan PMKS dan sistem perbankan sedia ada. 

Pendekatan digital sepenuhnya ini membolehkan usahawan membuka akaun dan mengurus kewangan tanpa perlu melalui proses fizikal yang panjang.

Bagi Gunaselan, kemudahan mengurus akaun perniagaan melalui aplikasi mudah alih, termasuk paparan faedah dan baki secara harian, membantunya merancang kewangan dengan lebih teliti. 

Beliau turut menyatakan bahawa keupayaan untuk melihat kesan pembayaran terhadap baki pinjaman secara langsung memberi keyakinan dalam membuat keputusan kewangan.

 “Setiap sen penting bagi pemilik perniagaan kecil. Apabila bayaran dibuat dan faedah terus berkurang, ia memberi rasa lega kerana tahu kita benar-benar berjimat,” katanya.

Atasi keperluan moden PMKS

Dari sudut industri pula, Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Kaushik Chowdhury, berpandangan bahawa cabaran yang dihadapi PMKS berpunca daripada struktur perbankan tradisional yang tidak direka untuk keperluan mereka. 

Menurutnya, ramai pengusaha kehilangan waktu produktif hanya untuk menghadiri pertemuan fizikal dan mengurus kertas kerja. 

Lebih membimbangkan, sebahagian PMKS mempunyai rekod kredit yang terhad atau tidak lengkap, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembiayaan walaupun perniagaan berpotensi untuk berkembang.

“Banyak sistem perbankan dibangunkan dengan struktur dan skala tertentu, yang mungkin kurang sesuai untuk keperluan PMKS yang memerlukan kelajuan dan fleksibiliti dalam persekitaran digital hari ini,” katanya. 

Beliau menambah bahawa akses kepada perkhidmatan kewangan belum berkembang seiring dengan transformasi digital yang telah lama dilalui oleh PMKS.

Menurut Kaushik, perubahan pendekatan diperlukan bagi memastikan sistem perbankan menjadi lebih adil dan inklusif. 

Beliau melihat penggunaan teknologi sebagai pemangkin untuk menghapuskan halangan lama, mempercepat proses, serta memberi lebih kawalan kepada usahawan terhadap kewangan perniagaan mereka. 

“Matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang fleksibel dan digital, supaya PMKS boleh menjana pendapatan sambil menjimatkan kos,” jelasnya.

Kaushik turut memperincikan dua sebab utama bank itu memilih kelulusan pantas dan faedah berdasarkan baki pinjaman harian sebagai ciri utama. 

Pertama, ia bertujuan menyelesaikan isu mendapatkan kelulusan pembiayaan yang lambat. 

Teknologi yang digunakan oleh GXBank membolehkan permohonan diproses serta-merta, sekali gus menandakan perubahan besar dalam industri perbankan.

Kedua, faedah pinjaman yang dikira berdasarkan baki pinjaman harian memberi kuasa kepada usahawan untuk membina tabiat kewangan lebih sihat. 

“Faedah akan semakin berkurang setiap kali bayaran dibuat, membolehkan pengusaha menikmati penjimatan yang lebih banyak,” katanya.

Aspirasi Jaguh Niaga

Lebih daripada sekadar produk, GXBank turut memperkenalkan aspirasi Jaguh Niaga, sebuah misi nasional yang bertujuan memperkasakan 10,000 PMKS di negara ini. 

Usaha ini menyediakan pembiayaan inklusif melalui Perbankan Bisnes GX, perluasan pangkalan pelanggan melalui ekosistem Grab, serta pelbagai alat digital perniagaan melalui kerjasama dengan syarikat tempatan seperti du-it, Swipey dan PulseLink dalam program TeXnovasi. 

“Jaguh Niaga adalah lanjutan daripada misi kami untuk memajukan impian kewangan rakyat Malaysia. Ia direka bagi memastikan setiap pengusaha dapat memberi fokus yang lebih terhadap pertumbuhan perniagaan dan bukannya birokrasi perbankan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa ekosistem digital yang menyeluruh kini menjadi kunci kelangsungan perniagaan kecil. 

Pasca pandemik, pelanggan semakin selesa dengan pembayaran digital dan urus niaga dalam talian. 

Bagi perniagaan kecil, keupayaan untuk beroperasi dalam ruang digital membolehkan mereka menjimatkan masa, mengurangkan kos dan mencapai pelanggan di luar kawasan mereka. 

Bagi Gunaselan, manfaat GXBank bukan sekadar dalam aplikasinya yang mudah digunakan.

“Selain ciri menarik dan kemudahan yang ditawarkan, GXBank turut menyediakan sokongan bagi mengembangkan perniagaan selain kursus pengurusan ringkas,” katanya mengakhiri perbualan.

Dengan komitmen untuk terus melabur dalam PMKS sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara, ditambah pula dengan proses yang mudah, ketelusan dan ekosistem digital yang menyeluruh, GXBank tampil sebagai rakan strategik PMKS dalam menyokong pertumbuhan, inovasi dan sumbangan kepada ekonomi negara.

 

*GXBank dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan merupakan ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), dengan deposit dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Bermula sekarang hingga 28 Februari 2026, GXBank turut menawarkan kadar faedah simpanan harian sehingga 3.0 peratus serta kadar faedah 0.0 peratus setahun bagi bayaran balik pinjaman pada bulan pertama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top