Perbicaraan Cradle Fund: Nazrin ada luka menembusi otaknya sedalam 6.8cm

Perbicaraan Cradle Fund: Nazrin ada luka menembusi otaknya sedalam 6.8cm

“Ini (ukuran) ialah pada ketika tisu otak telah kembali normal semula selepas objek (yang menyebabkan luka 6.8 cm itu) tidak lagi berada di situ,” katanya.

Dr Siew berkata, luka seperti ini boleh ditafsirkan sama dengan luka yang disebabkan oleh penggunaan tukul atau set memanah.

“Tukul boleh menjelaskan mengenai keretakan pada tengkorak, tetapi tidak menjelaskan tembusan (luka) pada otak. Ia bukan hentakan tukul disebabkan corak yang tidak konsisten,” katanya.

Dr Siew memberikan keterangan pada kes perbicaraan balu Nazrin Samirah Muzaffar, 46, dan dua remaja yang kini berusia 19 dan 16 tahun dan juga seorang wanita warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari, yang kesemuanya didakwa membunuh Nazrin di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.20 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya.

Ketika pemeriksaan balas, Muhammad Shafee juga menunjukkan kepada saksi satu animasi bagaimana kebakaran berlaku di dalam bilik Nazrin dan mangsa mungkin panik sebelum terjatuh dan terhantuk bahagian tepi katil.

Selepas menyaksikan animasi tersebut Dr Siew berkata, animasi itu menjelaskan mengenai sebahagian corak (luka) yang tidak dapat dijelaskan ada pada tubuh Nazrin.

Bapa Samirah seorang penganalisa politik, Dr Chandra Muzaffar dilihat berada di mahkamah untuk mengikuti perjalanan perbicaraan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung pada 30 Mac. – Bernama

Scroll to Top