Perdana Menteri Slovakia ditembak

Perdana Menteri Slovakia ditembak

BRATISLAVA: Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico cedera ditembak selepas menghadiri mesyuarat kerajaan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova, hari ini.

Penyerang melepaskan beberapa das tembakan semasa Fico keluar dari bangunan itu untuk beramah mesra dengan penduduk di bandar berkenaan.

Difahamkan, Fico mengalami kecederaan di bahagian perut dan dikejarkan ke hospital.

Pihak polis berjaya memberkas suspek di lokasi kejadian. -REUTERS