Tak sangka dia boleh tumbuk muka orang tu depan orang ramai macam tu je. Itulah apa yang berlaku kepada pereka fesyen terkenal, Razman dan Razmi yang cedera di muka selepas diserang dengan kuat seorang jurugambar.
Kejadian itu berlaku ketika majlis anugerah di Petaling Jaya malam tadi. nsiden berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika wartawan sedang menemubual usahawan sensasi, Datuk Seri Vida. Tiba-tiba, seorang jurugambar lelaki bertindak agresif dengan menyerang Razman dan Razmi menggunakan kamera miliknya.
Menurut saksi, serangan itu berlaku dengan pantas, meninggalkan kedua-dua pereka fesyen duo ini cedera di pipi. Mereka segera diberikan rawatan kecemasan di lokasi, sementara penganjur membuat laporan polis.
Masalah peribadi punca insiden…

Difahamkan, insiden ini dipercayai berpunca daripada masalah peribadi antara jurugambar dan mangsa. Walau bagaimanapun, butiran lanjut masih disiasat oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan laporan telah diterima dan kes kini dalam siasatan.
Datuk Seri Vida trauma, ingatkan hanya gurauan…

Datuk Seri Vida, yang berada di lokasi kejadian, meluahkan rasa terkejut dan trauma dengan insiden tersebut.
Saya memang terkejut sangat dengan insiden itu. Kepala saya jadi sakit sebab saya tak boleh tengok benda macam itu berlaku depan mata. Saya ingatkan mula-mula itu hanya gurauan. Tapi, bila nampak luka dan darah, memang saya rasa trauma.- Kata Vida.
Menurut Vida, pereka fesyen itu sedang mengiringinya di karpet merah sebelum jurugambar berkenaan tiba-tiba menyerang mereka. Dia juga menegaskan bahawa tidak pernah mengetahui Razman dan Razmi terlibat dengan sebarang masalah kewangan atau hutang seperti yang didakwa.
Pukul depan orang ramai, kenapa tak bincang elok-elok? Banyak cara boleh selesaikan masalah, bukan macam ini.- Tambahnya lagi.
#OhmediaNasihat
Kekerasan bukanlah jalan penyelesaian untuk apa jua masalah. Kalau ada isu peribadi, berbincanglah secara matang dan profesional. Jangan jadikan acara umum sebagai tempat melepaskan amarah. Ingat, setiap tindakan ada akibatnya, jadi fikirlah sebelum bertindak.





