Isu ciplak dalam dunia fesyen tempatan kembali hangat! Kali ni, suami kepada pempengaruh terkenal Tyra Kamaruzzaman, iaitu pereka fesyen Emri, mendakwa rekaan sampin warisan keluarganya telah ditiru oleh jenama pakaian terkenal, Elrah.
Emri bongkar Elrah ciplak rekaan…

Emri berkongsi di Threads bahawa samping hasil warisan keluarganya sejak 1890 telah ditiru 100% oleh Elrah, termasuk corak dan warna.
Dia turut mendedahkan mesej yang dihantar kepada pemilik Elrah, El Azman, untuk berjumpa, namun tidak mendapat respon.
BACA: Elrah Exclusive Didakwa Plagiat Rekaan Sampin Warisan Sejak Tahun 1890 Keluarga Emran
Bukan hanya Emri, pereka fesyen lain turut dakwa perkara sama…

Pereka fesyen terkenal, Fiziwoo, juga mendakwa mereka sendiri pernah menjadi mangsa El Azman sebelum ini.
Bukan setakat kurta, samping instant ciptaan kami turut ditiru termasuklah corak dan inovasinya. Dah mereka hanya tukar logo dan warna sahaja.


