Perez tinggalkan Red Bull hujung musim ini berakhir

Perez tinggalkan Red Bull hujung musim ini berakhir

Doha: Pemandu veteran Formula Satu (F1), Sergio Perez, dilaporkan akan meninggalkan pasukan Red Bull Racing selepas tamat musim ini, menurut laporan ESPN.

Perez, 34, kini berada di kedudukan kelapan dalam carta pemandu F1 dengan hanya berbaki satu perlumbaan.

Kejuaraan F1 2024 akan berakhir pada Ahad ini menerusi Grand Prix (GP) Abu Dhabi.

Musim ini, Perez gagal meraih sebarang kemenangan, dengan kesemua empat penamat podiumnya datang dalam lima perlumbaan pertama.

Selepas penamat di tempat ke-17 di GP Qatar hujung minggu lalu, bos pasukan Red Bull, Christian Horner, membincangkan masa depan pemandu dari Mexico itu.

“Saya akan biarkan Checo membuat keputusan sendiri; tiada siapa memaksa dia ke mana-mana arah,” kata Horner.

“Ini bukan situasi yang selesa untuk dia hadapi.”

Perez, yang menandatangani lanjutan kontrak sehingga 2025 awal tahun ini, tidak boleh dipecat terus, menurut ESPN.

Namun, dia boleh ditawarkan peranan sebagai duta jika memilih untuk terus kekal di Red Bull.

Sejak menyertai Red Bull pada 2021, Perez mencatatkan enam kemenangan dan 39 penamat podium sejak penampilan sulung F1 pada 2011.

Kemenangan terakhirnya adalah di GP Azerbaijan 2023.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top