Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan tindakan pembangkang yang mempertikaikan harga petrol RON95 di Malaysia sebagai tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata.
Menurut Anwar, harga RM1.99 seliter selepas diturunkan enam sen bukan sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati kerana ia perlu mengambil kira keadaan kewangan negara.
Semalam ucap (Himpunan Turun Anwar), harga minyak naik tetapi dia (pembangkang) tidak tahu, tidak puas hati dengan harga minyak di negara ini.- Katanya.
Anwar Ibrahim dakwa banding harga dengan negara jiran tak masuk akal…
Anwar turut membidas tindakan sesetengah pihak yang gemar membandingkan harga petrol Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.
Pergi beli di Singapura yang lebih tinggi harganya. Begitu juga di Thailand dan Indonesia. Semuanya tinggi, jauh melambung daripada Malaysia.- Tegas Anwar.
Anwar juga menjelaskan kenapa kerajaan menetapkan harga RON95 tanpa subsidi untuk warga asing.
Beliau berkata, dakwaan yang menuduh kerajaan tak berhati perut kerana mengenakan caj lebih kepada warga asing langsung tidak berasas.
Ada yang kata, ‘macam mana ni PMX ni, tak berhati perut, nak minta orang asing bayar lebih. Orang asing pun beri sumbangan juga, tetapi orang asing itu tak bayar cukai.
Mana ada di dunia ini orang asing diberi hak yang sama dengan warganegara. Saya sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab saya yang pertama, jaga rakyat Malaysia. Itu saya pegang.- Katanya lagi.
Lebih 18 juta rakyat bakal nikmati harga RM1.99…
Pada 23 Julai lalu, Anwar mengumumkan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan api itu dilaksanakan.
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 18 juta rakyat, termasuk pemandu kereta, penunggang motosikal, belia seawal usia 16 tahun, dan pekerja gig yang bergantung kepada kenderaan untuk menjana pendapatan.
Pssttt! Ohmedia faham ramai yang tengah tertekan dengan isu kos sara hidup, tapi penting juga untuk korang nilai sesuatu isu dengan maklumat yang lengkap. Semoga ada sinar buat kita semua.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!