Penyanyi popular, Ameng Spring menafikan dakwaan memperlekehkan kemenangan anak Liza Hanim iaitu Marsya Qistina dalam program Talk To My Manager.
Ini susulan luahan kurang senang Liza Hanim mengenai seorang penyanyi senior yang dikatakan menyindir anaknya.
Kenyataan disalah tafsir, bukan untuk Marsya
Walaupun tidak menyebut nama, Ameng merasakan ianya ditujukan kepadanya susulan nasihat yang diberi Ameng kepada anaknya, Azeva ketika bersiaran langsung baru-baru ini.

Dalam situasi yang makin panas ini, Ameng akhirnya buka mulut dan jelaskan perkara sebenar supaya tidak terus disalah anggap.
Saya bercakap semasa siaran langsung, jangan harapkan kemenangan. Kadang-kadang kemenangan tak janjikan apa-apa, yang penting jangan anggap benda itu pertandingan. Kalau kalah, kalahlah! Saya pun selalu kalah, tapi saya tetap popular.
Katanya, nasihat itu bersifat umum memandangkan Azeva kini menjadi peserta program TTMM.
Yang menang tak tentu jadi popular. Saya bukannya cakap pasal anak dia, saya tak cakap pasal TTMM pun. Itu saya tujukan kepada Azeva. Tapi dia (Liza) yang melatah.
Ameng anggap isu ini cubaan tumpang populariti
Dalam masa sama, Ameng turut berpandangan isu ini mungkin diperbesarkan untuk tujuan tertentu, termasuk meraih perhatian umum.
Liza Hanim, dia nak tumpang populariti saya, itu sahaja. Dia nak cari publisiti murahan, dia tiada modal lain dah. Saya tengok dia ambil kesempatan nak menumpang cerita itu. Jadi saya anggap Liza Hanim ini buat publisiti murahan dan cuba tumpang glamor saya.
Tidak cukup dengan itu, Ameng juga mempertahankan kedudukannya sebagai penyanyi yang sudah lama dikenali dalam industri muzik tanah air.
Saya memang popular… sangat popular. Saya ada persembahan setiap minggu dan saya adalah penyanyi diraja. Itu kedudukan penyanyi yang tertinggi. Saya bukan bongkak, masalahnya sekarang dia cuba menangguk di air yang keruh. Jangan cabar saya.
Ameng turut memberikan pandangan terbuka kepada Liza tentang apa yang patut dilakukan selepas kemenangan anaknya di TTMM.
Jangan marah orang lain. Pergilah popularkan anak kau. Dia dapat RM30,000, patutnya pergi cari Melly Goeslaw, baru meletup!
Jelasnya, Liza Hanim tidak perlu meminta maaf dan dia sendiri tidak mahu meminta maaf di atas isu yang tercetus.
Saya tak nak minta maaf dan dia pun tak perlu minta maaf. Sekarang ini saya cabar dia tunjuk Marsya itu seorang juara. Buktikan pada saya, saya nak tengok satu hari nanti Marsya itu meletup.
Dia mencabar Liza Hanim membuktikan bahawa Marsha seorang juara dan meletup suatu hari nanti.
Pssttt! Kadang-kadang dalam dunia hiburan, satu ayat boleh jadi panjang ceritanya bila disalah tafsir. Masing-masing ada niat sendiri, tapi bila melibatkan emosi dan anak, memang mudah jadi tegang. Apa pun, lebih baik fokus pada masa depan bakat muda yang sedang naik daripada terus memanjangkan konflik.
Kredit: mStar | Foto: Media Hiburan | Video TikTok: Dhia Adwa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




