Perjuangan terakhir Malaysia

Perjuangan terakhir Malaysia

Penyerang Malaysia, Shahmie Irfan Suhaimi dicabar pemain Belgium dalam aksi klasifikasi kesembilan hingga ke-12 di Stadium Hoki Nasional pada Rabu.

SELEPAS dua sasaran gagal dicapai, Malaysia bertekad menoktahkan misi mereka pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 dengan keputusan positif.

Pertemuan menentang New Zealand dalam aksi klasifikasi ke-11/12 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini mahu ditutup dengan rentak kemenangan.

Pengendali Malaysia, Muhamad Amin Rahim berkata, beliau mahu The Young Tigers fokus bagi memastikan mereka mengakhiri edisi kali ini di tangga ke-11.

“Kita pernah bermain dengan New Zealand ketika Piala Sultan Johor (pada Oktober lalu). Jadi kita akan cari formula terbaik untuk memastikan pasukan kita keluar sebagai pemenang.

Scroll to Top