“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

Susulan isu konsert dipertikai, vokalis kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal mengambil keputusan untuk mengikut saluran yang betul mengenai isu yang diketengahkan.

Memetik laporan Harian Metro, AC enggan ngulas lanjut kerana mereka sudah lama tidak mempunyai kaitan.

“Saya sendiri sudah lama tidak ada sebarang kaitan dengan mereka.

“Lagipun saya mahu memberikan fokus kepada konsert.

“Segala urusan akan dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, komposer dan penerbit, Man Senoi dan isterinya yang dikenali sebagai, Mama Rap tampil mempersoalkan mengenai oenganjuran konsert 4U2C.

Menurutnya, hak cipta sepenuhnya terhadap lagu-lagu 4U2C adalah milik mereka, namun tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert itu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Cuba Main Api, Ini Bahaya” – Komposer & Penerbit Pertikai Penganjuran Konsert 4U2C

Scroll to Top