Perkembangan mutakhir dunia Islam (21 Mei 2025)

Perkembangan mutakhir dunia Islam (21 Mei 2025)


– Advertisement –

BEKAS Jeneral Tentera penjajah rejim Zionis Israel dan pemimpin parti pembangkang berhaluan kiri (Parti Demokrat) negara haram Israel Yair Golan mengecam tindakan negara haram Israel  yang membunuh bayi sebagai hobi yang menyebabkan negara haram Israel menuju untuk menjadi sebuah negara pariah. Beliau turut menyatakan sebuah ‘negara yang waras’ tidak akan memerangi orang awam, tidak membunuh bayi sebagai hobi dan tidak menjadikan matlamat untuk mengusir sesebuah populasi atau penduduk. [1]

– Advertisement –

Benjamin Netanyahu: Tentera penjajah rejim Zionis Israel akan mengambilalih sepenuhnya Semenanjung Gaza dan itu yang akan kita lakukan. [2]

Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani menyatakan bahawa rundingan gencatan senjata Gaza telah gagal, jurang antara kedua-dua pihak adalah asasnya dan tingkah laku agresif rejim penjajah Zionis Israel menjejaskan peluang keamanan walau setelah HAMAS membebaskan tahanan Amerika Syarikat-Israel Idan Alexander. [3]

Lebih 70 orang warga Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam yang lalu berikutan siri pengeboman dan serangan udara besar-besaran tentera penjajah rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza yang menyasarkan khususnya khemah penempatan sementara di mana kebanyakkan mangsa adalah kanak-kanak dikala krisis penjagaan kesihatan semakin terancam. [4]

Parti Likud pimpinan Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu telah mengemukakan Rang Undang-undang kepada Knesset (Parlimen) negara haram Israel yang bertujuan untuk menghalang Qatar dari menjadi pengantara dalam rundingan yang membabitkan negara haram Israel dengan secara rasminya melabelkan Qatar sebagai ‘negara penaja keganasan’. [5]

Puluhan pendatang haram Yahudi dengan perlindungan polis rejim penjajah Zionis Israel menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa dalam siri terbaharu pencerobohan berterusan ke atas Masjid Al-Aqsa di kala tentera penjajah rejim Zionis Israel terus memperhebatkan operasi ketenteraan dan serangan ke atas Tebing Barat. [6]

Britain telah menggantung perjanjian perdagangan bebas dengan negara haram Israel dan memanggil Duta negara haram Israel di London berikutan tindakan tentera penjajah rejim Zionis Israel memperhebatkan operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza. [7]

Britain, Perancis dan Kanada mengancam akan mengambil tindakan tegas terhadap negara haram Israel jika tidak menghentikan perang di Semenanjung Gaza dan menarik balik sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan. [8]

Perdana Menteri negara haram Israel mengecam keras Britain, Perancis dan Kanada kerana mengesanya untuk menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza. [9]

Pemimpin Agong Iran Ayatollah Ali Khamenei mengecam tuntutan tidak masuk akal Amerika Syarikat dalam rundingan program nuklear Iran. [10]

Tentera Sudan mengumumkan bahawa ia telah menawan kembali ibu kota Sudan, Khartoum sepenuhnya dan berjaya mengusir saki baki anggota militia Rapid Support Force (RSF) dari bandar tersebut. [11]

Lubnan : 3 orang awam cedera apabila tentera penjajah rejim Zionis Israel melancarkan serangan dron ke atas sebuah motosikal di daerah Tyre, Selatan Lubnan dalam siri terbaharu pencabulan gencatan senjata berterusan rejim penjajah Zionis Israel ke atas Lubnan. [12]

Jurucakap Kumpulan Ansarullah Yahya Saree mengumumkan bahawa Ansarullah telah mula menguatkuasakan ‘sekatan tentera laut’ ke atas Pelabuhan Haifa di negara haram Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan tentera rejim penjajah Zionis Israel yang melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza dan dan mengenakan sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan yang kini mengakibatkan berlakunya kebuluran dan kesukaran mendapatkan bekalan ubat-ubatan yang kronik. [13]

Kesatuan Eropah bersetuju untuk menarik balik keseluruhan sekatan yang dikenakan ke atas Syria dalam usaha untuk membantu pemulihannya. [14]

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekan Palestin”

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 21/5/2025

Rujukan:

[1] https://www.middleeasteye.net/news/israeli-opposition-leader-condemns-country-killing-babies-hobby
[2]  https://www.middleeastmonitor.com/20250519-netanyahu-israel-to-take-over-all-of-gaza/
[3] https://www.raialyoum.com/%d8%b1%d8%a6%d9%8a%d8%b3-%d8%a7%d9%84%d9%88%d8%b2%d8%b1%d8%a7%d8%a1-%d8%a7%d9%84%d9%82%d8%b7%d8%b1%d9%8a-%d9%85%d9%81%d8%a7%d9%88%d8%b6%d8%a7%d8%aa-%d8%ba%d8%b2%d8%a9-%d9%81%d8%b4%d9%84%d8%aa-%d9%88/
[4] https://www.middleeasteye.net/news/israel-kills-dozens-healthcare-crisis-deepens-gaza
[5] https://www.middleeastmonitor.com/20250519-netanyahus-party-seeks-bill-to-label-qatar-terrorism-sponsor-to-block-its-mediation-role/
[6] https://english.almayadeen.net/news/politics/settlers-storm-al-aqsa-mosque-amid-series-of-iof-attacks-in
[7] https://www.middleeasteye.net/news/uk-summons-israeli-ambassador-suspends-free-trade-agreement-israel
[8] https://www.middleeastmonitor.com/20250519-uk-france-and-canada-threaten-concrete-actions-if-israel-does-not-end-gaza-offensive-lift-aid-blockade/
[9] https://www.middleeastmonitor.com/20250520-netanyahu-slams-uk-canada-france-for-calling-to-halt-israels-attack-on-gaza/
[10] https://www.aljazeera.com/news/2025/5/20/irans-khamenei-slams-nonsense-us-nuclear-demands
[11] https://www.aljazeera.net/news/2025/5/20/%D8%B9%D8%A7%D8%AC%D9%84-%D8%A7%D9%84%D8%AC%D9%8A%D8%B4-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%88%D8%AF%D8%A7%D9%86%D9%8A-%D9%86%D8%B9%D9%84%D9%86-%D8%A7%D9%84%D9%8A%D9%88%D9%85-%D8%A7%D9%83%D8%AA%D9%85%D8%A7%D9%84
[12] https://www.middleeastmonitor.com/20250520-lebanon-3-civilians-injured-in-israeli-drone-strike-despite-ceasefire/
[13] https://www.middleeastmonitor.com/20250520-houthis-declare-naval-blockade-of-haifa-port/
[14] https://www.raialyoum.com/%d8%a7%d9%84%d8%a7%d8%aa%d8%ad%d8%a7%d8%af-%d8%a7%d9%84%d8%a3%d9%88%d8%b1%d9%88%d8%a8%d9%8a-%d9%8a%d9%88%d8%a7%d9%81%d9%82-%d8%b9%d9%84%d9%89-%d8%b1%d9%81%d8%b9-%d9%83%d9%84-%d8%a7%d9%84%d8%b9%d9%82/

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

– Advertisement –



Scroll to Top