Perkembangan mutakhir dunia Islam (25 Jan 2025)

Perkembangan mutakhir dunia Islam (25 Jan 2025)


– Advertisement –

HAMAS hari ini membebaskan 4 tahanan wanita anggota tentera rejim Zionis Israel yang ditawannya pada 7 Oktober 2023 ketika operasi ‘Taufan Al-Aqsa’ sebagai pertukaran kepada 200 warga Palestin yang ditahan rejim Zionis Israel. [1]

Kumpulan pejuang Palestin di Tebing Barat terus berhadapan dengan tentera rejim Zionis Israel dalam hari baharu pertempuran yang lebih sengit. [2]

Tentera Lubnan mengecam keras tindakan tentera rejim Zionis Israel yang menangguhkan pengundurannya daripada wilayah selatan Lubnan sebagaimana yang dipersetujui dalam gencatan senjata. [3]

Iran menafikan tuduhan tidak berasas Zionis Israel yang mendakwa Iran menyeludup senjata ke Lubnan. [4]

– Advertisement –

Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump memotong semua jenis bantuan luar kecuali kepada negara haram Israel dan Mesir. [5]

Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) merampas bendera HAMAS daripada warga Palestin di Tebing Barat ketika menyambut ketibaan tahanan warga Palestin daripada penjara rejim Zionis Israel. [6]

Dua Ahli Kongres Amerika Syarikat mendakwa UAE tidak menepati janjinya dan terus membekalkan kumpulan militia Sudan Rapid Support Force (RSF) dengan senjata yang didakwa Amerika Syarikat melakukan ‘genocide’. [7]

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 26/1/2025

Rujukan: 

[1] https://english.almayadeen.net/news/politics/hamas-releases-4-israeli-soldiers-in-ceasefire-handover-to-r 

[2] https://english.almayadeen.net/news/politics/resistance-fighters-repel-israeli-raids-in-west-bank 

[3] https://www.presstv.ir/Detail/2025/01/25/741567/Lebanese-army-slams-Israeli-procrastination-in-ceasefire-withdrawal-from-south 

[4] https://www.presstv.ir/Detail/2025/01/25/741551/Israel%E2%80%99s-baseless-anti-Iran-claims-in-clear-disregard-of-Lebanon-ceasefire–UN-ambassador 

[5] https://english.almayadeen.net/news/politics/us-halts-foreign-aid–exempting–israel–and-egypt 

[6] https://www.aljazeera.net/news/2025/1/25/%D8%B9%D8%A7%D8%AC%D9%84-%D8%A3%D9%85%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%84%D8%B7%D8%A9-%D9%8A%D8%B5%D8%A7%D8%AF%D8%B1%D9%88%D9%86-%D8%B1%D8%A7%D9%8A%D8%A7%D8%AA-%D8%AD%D9%85%D8%A7%D8%B3-%D9%85%D9%86 

[7] https://www.raialyoum.com/%d9%85%d8%b4%d8%b1%d9%91%d8%b9%d8%a7%d9%86-%d8%a3%d9%85%d9%8a%d8%b1%d9%83%d9%8a%d8%a7%d9%86-%d9%8a%d8%aa%d9%91%d9%87%d9%85%d8%a7%d9%86-%d8%a7%d9%84%d8%a5%d9%85%d8%a7%d8%b1%d8%a7%d8%aa-%d8%a8%d9%85/ 



Scroll to Top