Perkembangan mutakhir Dunia Islam (3 Mac 2025) 

Perkembangan mutakhir Dunia Islam (3 Mac 2025) 


– Advertisement –

HAMAS: Tindakan Benjamin Netanyahu menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza adalah ‘pelanggaran terang-terangan’ perjanjian gencatan senjata. Kenyataan dikeluarkan HAMAS di saat rejim penjajah Zionis Israel cuba melanjutkan fasa pertama gencatan senjata untuk membebaskan lebih ramai tahanan pendatang haram Yahudi sambil langsung tidak menambah obligasi rejim penjajah Zionis Israel terhadap perjanjian gencatan senjata. [1]

Kumpulan pejuang Palestin Jihad Islam mendakwa Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu ‘membatalkan’ perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan meletakkan beliau bertanggungjawab atas akibatnya. [2]

Rejim penjajah Zionis Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan yang mengakibatkan serangan 4 warga Palestin terkorban dan beberapa orang  orang lagi dilaporkan cedera di Abasan al-Kabira, berdekatan Khan Younis. [3]

Rejim penjajah Zionis Israel secara unilateral bersetuju dengan cadangan Amerika Syarikat untuk melanjutkan gencatan senjata fasa pertama di Semenanjung Gaza ketika bulan Ramadan dan hari perayaan Yahudi ‘Passover’, bertujuan untuk mengelak rundingan fasa kedua gencatan senjata Gaza. [4]

– Advertisement –

Benjamin Netanyahu mengesahkan keengganan beliau untuk memulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata di Gaza, mengakui menggunakan taktik menghalang bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza yang mengakibatkan kebuluran kepada lebih 2 juta warga Palestin yang bertujuan untuk menekan HAMAS. [5]

Menteri Kewangan negara haram Israel Bezalel Smotrich menggesa ‘agar segera dibuka pintu neraka dengan perlaksaan sekeras-kerasnya’ iaitu serangan besar-besaran ke atas Gaza sambil mengumumkan sokongan penuh ke atas keputusan kabinet negara haram Israel untuk menghentikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. [6]

Kabinet negara haram Israel telah meluluskan lanjutan perintah khas yang memberikan kuasa kepada tentera penjajah regim Zionis Israel untuk merekrut sehingga 400,000 anggota tentera simpanan sehingga 2025. [7]

Menteri Luar Mesir Badr Abdellaty berkata pelan pembangunan semula Semenanjung Gaza yang dipelopori Mesir telah disempurnakan dan akan dibentangkan pada 4 Mac pada Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab. [8]

Media negara haram Israel melaporkan kenyataan yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan negara haram Israel Israel Katz berkenaan bandar Jaramana yang terletak di tenggara Damsyik, di mana kedua-dua mereka mengancam untuk campur tangan demi mempertahankan bangsa Druze selepas berlaku kekacauan antara komuniti Druze dan pihak keselamatan pentadbiran baharu Syria. [9]

Pemimpin Druze Lubnan Walid Jumlatt menggesa komuniti Druze di Syria agar berhati-hati dengan perancangan licik rejim penjajah Zionis Israel dengan menyatakan terdapat satu projek untuk mensabotaj keselamatan nasional Arab. [10]

‘Merampas’ Gaza, Syria dan Lubnan, apakah sebenarnya perincian impirealisme Zionis Israel? [11]

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 3/3/2025

Rujukan: 

[1] https://english.almayadeen.net/news/politics/hamas–netanyahu-halting-aid–blatant-violation–of-ceasefir 

[2] https://www.raialyoum.com/%d8%ad%d8%b1%d9%83%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d8%ac%d9%87%d8%a7%d8%af-%d8%a7%d9%84%d8%a5%d8%b3%d9%84%d8%a7%d9%85%d9%8a-%d8%aa%d8%aa%d9%87%d9%85-%d9%86%d8%aa%d8%a7%d9%86%d9%8a%d8%a7%d9%87%d9%88-%d8%a8%d8%a7/ 

[3] https://english.almayadeen.net/news/politics/israel-violates-ceasefire-in-gaza–killed-4-people-and-injur 

[4] https://english.almayadeen.net/news/politics/israeli-gov–agrees-to-witkoff-s-plan-for-extended-truce-in 

[5] https://www.raialyoum.com/%d9%86%d8%aa%d9%86%d9%8a%d8%a7%d9%87%d9%88-%d9%8a%d8%a4%d9%83%d8%af-%d8%b1%d9%81%d8%b6%d9%87-%d8%a8%d8%af%d8%a1-%d8%a7%d9%84%d9%85%d8%b1%d8%ad%d9%84%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d8%ab%d8%a7%d9%86%d9%8a%d8%a9/ 

[6] https://www.raialyoum.com/%d9%88%d8%b2%d9%8a%d8%b1-%d8%a5%d8%b3%d8%b1%d8%a7%d8%a6%d9%8a%d9%84%d9%8a-%d9%8a%d8%b7%d8%a7%d9%84%d8%a8-%d8%a8%d9%80%d9%81%d8%aa%d8%ad-%d8%a3%d8%a8%d9%88%d8%a7%d8%a8-%d8%a7%d9%84%d8%ac%d8%ad%d9%8a/ 

[7] https://www.presstv.ir/Detail/2025/03/02/743762/Israel-military-reservists-Gaza-truce 

[8] https://english.almayadeen.net/news/politics/egypt-s-gaza-reconstruction-plan-ready–to-be-presented-on-m 

[9] https://www.raialyoum.com/%d8%a5%d8%b9%d9%84%d8%a7%d9%85-%d8%b9%d8%a8%d8%b1%d9%8a-%d9%8a%d8%aa%d8%ad%d8%af%d8%ab-%d8%b9%d9%86-%d8%aa%d8%b5%d8%a7%d8%b9%d8%af-%d8%a7%d9%84%d8%aa%d9%88%d8%aa%d8%b1-%d8%a8%d9%8a%d9%86-%d8%aa/ 

[10] https://www.raialyoum.com/%d8%ac%d9%86%d8%a8%d9%84%d8%a7%d8%b7-%d9%8a%d8%af%d8%b9%d9%88-%d8%af%d8%b1%d9%88%d8%b2-%d8%b3%d9%88%d8%b1%d9%8a%d8%a7-%d8%a5%d9%84%d9%89-%d8%a7%d9%84%d8%ad%d8%b0%d8%b1-%d9%85%d9%86-%d9%85%d9%83/ 

[11] https://www.aljazeera.net/politics/2025/3/2/%D8%A7%D9%84%D8%B2%D8%AD%D9%81-%D9%85%D9%86-%D8%BA%D8%B2%D8%A9-%D8%A5%D9%84%D9%89-%D9%84%D8%A8%D9%86%D8%A7%D9%86-%D9%88%D8%B3%D9%88%D8%B1%D9%8A%D8%A7-%D9%87%D9%84-%D8%AA%D8%AD%D9%82%D9%82

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!



Scroll to Top