HAMAS menyatakan bahawa rejim penjajah Zionis Israel tidak mempunyai hak dan kedaulatan ke atas setiap inci bumi Palestin termasuk Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa. [1]
HAMAS mengumumkan bahawa ia telah menerima dan meluluskan cadangan baharu gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang diterima daripada Qatar dan Mesir dengan Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu mengesahkan bahawa ia telah menerima cadangan baharu gencatan senjata tersebut dan membuat alternatif terakhir kepada gencatan senjata tersebut selepas perbincangan penuh dengan Amerika Syarikat. [2]
Tentera penjajah rejim Zionis Israel telah memulakan operasi tentera daratnya di Rafah, Semenanjung Gaza. [3]
Sekurang-kurangnya 26 orang warga Palestin terkorban berikutan serangan udara ganas tentera penjajah rejim Zionis Israel dalam tempoh 24 jam semalam menjadikan angka korban keseluruhan warga Palestin di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 berjumlah 50,277 orang. [4]
Rejim penjajah Zionis Israel merancang untuk memusnahkan kem pelarian Palestin di Tulkarm dan Jenin di Tebing Barat. [5]
HAMAS mengumumkan bahawa kenyataan yang dikaitkan dengan Khaled Meshaal untuk melepaskan kawalan ke atas Semenanjung Gaza adalah palsu. [6]
Hizbullah: Lubnan tidak akan menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel. [7]
Rejim penjajah Zionis Israel buat pertama kalinya telah melancarkan serangan udara ke atas Beirut sejak perjanjian gencatan senjata termeterai pada November tahun lalu antara rejim penjajah Zionis Israel dan Hizbullah. Serangan ke atas sebuah pangsapuri kediaman di kejiranan Hadath di selatan Beirut sama sekali telah menghancurkan bangunan tersebut. [8]
Muhammad Saleh Sedgian, Pengarah Pusar Arab untuk Pengajian Iran telah mendedahkan teks ancaman dalam kandungan surat yang dihantar oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei mengenai program nuklear Iran. [9]
Ratusan ribu warga Turkiye telah turun ke jalanan di Istanbul semalam mengadakan protes besar-besaran semalam menentang penahanan bekas Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu dengan kumpulan parti pembangkang Turkiye menuntut pembebasan beliau. [10]
Diego Garcia, pangkalan tentera di Lautan Hindi yang boleh digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Iran. [11]
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengadakan perbicaraan awam pada 10 April ini untuk mendengar kes yang difailkan Sudan yang mendakwa UAE melakukan ‘genocide’ di Barat Darfur. [12]
Ratusan umat Islam dikhuatiri termasuk antara lebih daripada 1,600 orang yang terkorban berikutan gempa bumi berukuran 7.7 magnitud yang melanda tengah Myanmar dengan lebih daripada 50 buah masjid mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi tersebut. [13]
‘Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin’
DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 30/3/2025
Rujukan:
[4] https://www.middleeastmonitor.com/20250329-israel-kills-and-buries-nine-medics-in-rafah/
[11] https://www.middleeasteye.net/news/diego-garcia-indian-ocean-base-us-can-use-target-iran
[12] https://www.middleeastmonitor.com/20250329-world-court-to-hear-sudan-case-accusing-uae-of-genocide/
[13] https://www.aljazeera.com/news/2025/3/29/myanmar-quake-muslims-feared-dead-destroyed-mosques
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
Related








