PENDATANG haram Yahudi terus menceroboh Masjid al-Aqsa dengan insiden terbaharu berlaku pada awal pagi tadi sambil melakukan upacara keagamaan yahudi sempena hari kelima sambutan perayaan Hanukah dengan dikawal ketat oleh polis rejim Zionis Israel. Pada hari pertama perayaan Hanukah, Menteri Keselamatan negara haram Israel Itamar Ben-Gvir bersama sekumpulan pendatang haram yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa sambil melakukan upacara keagamaan. [1]
Tentera Zionis Israel pada bila-bila masa akan menjadi sasaran di Syria. Laporan dari pihak rejim Zionis Israel menyatakan bahawa pihak berkuasa baharu Syria tidak boleh dipercayai kerana mereka adalah pengganas dan tentera Zionis Israel bakal menjadi sasaran pada bila-bila masa. [2]
HAMAS nafi dakwaan Zionis Israel. Zionis Israel mendakwa pihak perisikan Mossad memasang bom di dalam bilik yang didiami oleh al-Syahed Ismail Haniyeh di Tehran dan membunuhnya dalam operasi khas. Semalam pihak HAMAS menolak dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa penceritaan itu sengaja diada-adakan dan bertegas bahawa al-Syahed Ismael Haniyed mati syahid kerana roket yang dilancarkan dari luar oleh pihak Zionis Israel. [3]
Abdullah Ocalan, pemimpin Parti Pekerja Kudistan (PKK) yang sedang dipenjara pihak berkuasa Turkiye dilaporkan telah memberikan isyarat bahawa beliau bersedia untuk menggesa kumpulan militan di bawah pimpinannya untuk menghentikan pemberontakan dan meletakkan senjata. [4]
Pemimpin de Facto Syria Ahmad Al-Sharaa menyatakan bahawa pentadbiran baharu Syria tidak mahu kehadiran Rusia di Syria berakhir ‘dengan cara yang tidak konsisten’ dengan hubungan dua hala kedua-dua negara telah lama terjalin. Beliau turut menyatakan bahawa Rusia adalah kuasa negara kedua terkuat di dunia, ia amat penting dan Syria berkongsi kepentingan strategik dengan Rusia. [5]
Rejim Zionis Israel sedang bergelut untuk mengekang serangan peluru berpandu Yaman. [6]
Tentera Lubnan menyatakan bahawa tentera rejim Zionis Israel membakar rumah penduduk di selatan Lubnan, melanggar gencatan senjata yang dipersetujui. [7]
Ketua Angkatan Tentera rejim Zionis Israel Lt. Jeneral Herzi Halevi menyatakan tentera rejim Zionis Israel telah memperolehi ‘kemenangan jelas’ ke atas Hizbullah tetapi kemenangan sebenar akan tercapai apabila utara negara haram Israel hidup kembali. [8]
Serbuan dan kepungan yang dilakukan Pihak Berkuasa Palestin (PA) termasuk memerangi kumpulan pejuang Palestin di Jenin adalah untuk ‘memenangi hati’ Amerika Syarikat dan rejim Zionis Israel. [9]
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter meninggal dunia semalam pada usia 100 tahun. Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang bertanggungjawab memeteraikan perjanjian Camp David antara negara Arab khususnya Mesir dengan negara haram Israel. Perjanjian ini juga berjaya melemahkan perjuangan bersenjata rakyat Palestin menentang Israel. Kebanyakkan tokoh ilmuan Barat menggelarnya ‘Bapa Normalisasi Arab-Israel. [10]
USTAZ DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 31/12/2024
Rujukan:
[2]https://www.raialyoum.com/صحيفة-عبرية-استهداف-القوات-الإسرائيل/
[10] https://www.theguardian.com/us-news/2024/dec/29/jimmy-carter-dead-longest-lived-us-president
Related








