Trending
Hantaran isteri Fikry Ibrahim undang pelbagai spekulasi rumah tangga. Netizen beri nasihat dan sokongan buat pasangan selebriti ini.
Hangat di media sosial mengenai rumah tangga pelakan dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim selepas isterinya hadir ke mahkamah yang didakwa telah memfailkan perceraian semalam.
Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, perkongsian terbaru Khalizah di Instagram kini menjadi bualan hangat selepas memuat naik satu gambar mereka berpegangan tangan semalam.
Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami.
Netizen nasihat supaya jangan bercerai
Hantaran itu meraih lebih 166,000 tontonan dan dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya memberikan nasihat dan kata semangat buat pasangan ini.
Kalau boleh berbincang, berbincanglah baik-baik. Masih fasa awal rumah tangga.
Akak beruntung dapat suami macam Fikry. Jangan ambil keputusan tergesa-gesa.
Media cuba dapatkan penjelasan dari Fikry Ibrahim

Susulan hantaran itu, pihak media telah mengejar Fikry Ibrahim selepas dia selesai bersiaran langsung dalam program Melodi, semalam, bagi mendapatkan penjelasan mengenai status sebenar hubungan mereka.
Namun, setakat ini Fikry masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berkaitan isu berkenaan.
Pssttt! Rumah tangga bukan soal siapa menang atau kalah, tapi soal usaha untuk terus memahami. Bincang baik-baik, kerana bahagia itu dibina, bukan dicari.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.