“Perlu Ke Kita Buat Benda Yang Memalukan Untuk Tarik Perhatian?” – PU Riz Nasihat Orang Ramai Jaga Maruah Diri

“Perlu Ke Kita Buat Benda Yang Memalukan Untuk Tarik Perhatian?” – PU Riz Nasihat Orang Ramai Jaga Maruah Diri

Pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih mesra disapa sebagai PU Riz mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang sanggup melakukan perkara memalukan diri sendiri semata-mata untuk meraih perhatian umum.

Menerusi perkongsian di Threads, PU Riz menyifatkan masyarakat gemar memberi tumpuan kepada kandungan digital yang kurang cerdik dan perkara yang tidak memberi manfaat. 

“Sebab apa rasanya hari ini orang suka ikut trend dan lepas dia tular terus dapat banyak tawaran? Sebenarnya masyarakat juga suka yang tak cerdik, kerana ada yang berpendapat. Kita nak gelak, nak tengok yang bodoh bodoh (boleh buat ketawa).

“Jadi persoalannya, adakah kita semua harus buat benda yang memalukan baru boleh tarik perhatian? Tak kisahlah bisnes atau personal branding,” soalnya.

PU Riz

Sementara itu, bapa anak dua ini turut sempat memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak mempromosikan perkara yang digambarkan sia-sia. 

Sebaliknya, mereka perlulah menjaga maruah diri dan bersyukur.

“Jawapannya tidak dan jangan hidupkan kedunguan. Kita Islam dan lihatlah pada maqasid (tujuan agama). Jaga maruah, syukur pasti tuhan bantu,” tulisnya.

Sebelum ini, podcast milik PU Riz dan isterinya, selebriti Noor Neelofa menerima pujian apabila menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan dakwah.

Artikel Berkaitan: Podcast Neelofa & PU Riz Dipuji Beri Ilmu Bermanfaat – “Penyampaian Mereka Mudah Difahami”

Scroll to Top