Permit perjalanan tidak diperlukan untuk ke Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuching: Bermula dari esok (7 Dis) kebenaran permit polis untuk masuk ke negeri ini tidak diperlukan mengikut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

JPBNS dalam kenyataannya hari ini bagaimanapun tidak menjelas lanjut mengenai perkara itu.

Setelah Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu memberitahu pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Kebenaran ini akan bermula 7 Disember 2020. Sidang itu juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing, ujarnya.

Malay News
Farah Fauzi