news@nst.com.my
Kota Kinabalu: Permohonan untuk menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, hari ini, menurut peguam Hamid Ismail.
“Kami baru dimaklumkan sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke IPD Papar.
“Seterusnya, proses penggalian semula akan dilakukan di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.
AGC menerusi satu kenyataan memaklumkan, terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir secepat mungkin.
- Kubur Zara Qairina akan digali semula secepat mungkin – Saifuddin
- Ribuan hadir aksi vigil tuntut keadilan Zara Qairina
- Jabatan Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
- Rakaman audio perbualan Zara Qairina dan ibu jadi bahan penting dalam siasatan semula
- Kes Zara Qairina: Kebenaran akan terungkai, jangan tokok tambah cerita bukan-bukan
© New Straits Times Press (M) Bhd