Permohonan pertukaran guru dibuka sepanjang tahun

Permohonan pertukaran guru dibuka sepanjang tahun

zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Nerus: Kementerian Pendidikan (KPM) membuka pemohonan pertukaran guru sepanjang tahun dengan pertukaran berlaku pada cuti sekolah dalam usaha menangani isu guru duka lara.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, perkara itu sekali gus menafikan dakwaan pihaknya tidak cakna dan prihatin dalam menangani isu berkenaan.

Beliau berkata, semua permohonan pertukaran dipertimbangkan berdasarkan kepentingan pendidikan seperti pasangan jarak jauh, kesihatan dan keselamatan serta konteks kebajikan guru itu sendiri sebelum proses pertukaran diluluskan.

“Permohonan kita buka sepanjang tahun tetapi penempatan pertukaran itu mesti berlaku ketika cuti sekolah.

“Keutamaan kita adalah daripada segi keperluan dan juga melihat kepada kesan kepada keseluruhan pendidikan.

“Pertukaran ini yang tertinggi yang kita tangani adalah pasangan jarak jauh jadi memang kita beri keutamaan kepada isu-isu pasangan jarak jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan bersama wargaInstitut Pendidikan Guru di Pusat Bahasa Inggeris (TELLTRAC) Kampus Dato Razali Ismail di sini, hari ini.

Ketika ditanya dakwaan proses pertukaran yang lambat, Fadhlina menafikan dakwaan berkenaan berkenaan sebaliknya memaklumnya segalanya perlu mengikuti proses yang ada.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top