Permohonan Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle Sah… Tarikh 2 Disember Kes Cerai Disebut Semula

Permohonan Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle Sah… Tarikh 2 Disember Kes Cerai Disebut Semula

“Rujuk sudah berlaku dan mahkamah sudah beri perintah bahawa kedua pihak sudah kembali sebagai suami isteri dari tarikh rujuk “.

Demikian respons yang diberikan peguam Syarie yang mewakili aktres, Diana Danielle ketika perbicaraan kes berkenaan permohonan rujuk kedua-dua pasangan itu.

Katanya, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, menetapkan tarikh 2 Disember depan untuk pihak plaintif, Diana Danielle menyediakan dokumen berkaitan pengesahan rujuk bagi meneruskan permohonan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil.

“Sebentar tadi mahkamah sudah mendengar permohonan rujuk. Hakim berpuas hati dengan permohonan itu sebab defendan pun tidak bantah.

“Rujuk sudah berlaku dan mahkamah sudah beri perintah bahawa kedua pihak sudah kembali sebagai suami isteri dari tarikh rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.

“Kemudian ia perlu dibawa ke mahkamah pada 2 Disember depan untuk diteruskan dengan tuntutan cerai difailkan anak guam saya,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan memkalumkan bahawa anak guamnya masih belum merancang apa-apa.”Prosiding perceraian itu tak ada apa-apa lagi di pihak Farid.

“Cuma, sebab rujuk itu memang berlaku, sebab itulah kita kena selesaikan rujuk itu dulu. Untuk cerai nanti, setakat ini tak ada apa-apalah.

“Kami datang hari ini, isu perceraian itu masih belum ada dalam fikiran. Kami nak selesaikan masalah rujuk sebab Farid memang ada lafaz,” ulasnya.

Pada 4 November lalu, Diana hadir ke mahkamah sama bagi pendaftaran rujuk dan memfailkan permohonan perceraian terhadap Farid.

Permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Scroll to Top