BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkap kempen China Masters langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua kejuaraan Super 750 tersebut pada Selasa.
Gandingan nombor dua dunia itu menewaskan rakan senegara Ong Yew Sin-Teo Ei Yin yang juga berstatus 11 dunia tersebut 21-15, 21-15 dalam masa 33 minit di Gymnasium Shenzhen Bay, Shenzhen.
Kemenangan itu membolehkan juara Terbuka Denmark bulan lalu itu menentang Tang Qiang-Zhou HaoDong (China) atau juara Jepun Masters, He Ji Ting-ren Xiang Yu dalam pusingan kedua pada Khamis.
Sementara itu, Wei Chong-Kai Wun berhempas pulas untuk menewaskan pemain Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung-seung 21-11, 15-21, 21-17 untuk bertemu sama ada pemain tuan rumah Liu Yuchen-Ou Xuanyi atau pemain Indonesia Shohibul Fikri-Bagas Maulana.



