Ramai mungkin masih ingat kontroversi Honda Day Malaysia tahun lalu apabila hadiah cabutan bertuah berupa kereta lama mengundang kecaman netizen.
Namun, penganjur acara ini, Remy Ampang, tetap tidak patah semangat untuk menganjurkan sekali lagi edisi 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.
BACA: Remy Ampang Kantoi Hadiahkan BMW F30 Ada Rekod Kemalangan “High Severity”?
Memetik laporan mStar, lelaki ini berkata, segala kritikan yang diterima dijadikan semangat untuk memperbaiki kelemahan.
Remy juga tidak gentar jika ada pihak cuba memboikot acara ini kerana baginya, Honda Day adalah platform untuk peminat berkumpul, bukan semata-mata soal hadiah.
Kontroversi kereta buruk jadi pengajaran

Remy menjelaskan isu yang berlaku tahun lalu berpunca daripada penaja yang gagal menunaikan janji menaja kereta baharu.
Saya tidak pernah menyesal, kontroversi itu tercetus selepas pihak penaja yang berjanji menaja kereta sejak 2023 gagal menunaikan janji.
Malah, dia terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM1,500 untuk membantu penaja menyiapkan urusan kenderaan itu sebelum acara.
Tambahnya lagi, dia perlu meletakkan hadiah sebuah kereta mengikut poster walaupun ianya perlu restore selepas acara.
Malah, jelasnya pemenang juga telah bersetuju dan sepatutnya tidak menjadi masalah. Namun, siapa sangka video pada acara itu tular menyebabkan netizen mengkritiknya.
Menurutnya, pemberian kereta terpakai bukan perkara baharu kerana sebelum ini pemenang pernah menerima Honda CR-V tanpa enjin, dan mereka bebas menambah komponen mengikut kehendak masing-masing.
Acara tahun ini percuma, tanpa hadiah kereta

Bagi mengelakkan kontroversi berulang, Remy menegaskan hadiah berupa kereta tidak akan ditawarkan lagi. Sebaliknya, cabutan bertuah hanya melibatkan barangan automotif bernilai tinggi.
Kalau letak hadiah kereta, isu akan timbul macam-macam. Jadi kita fokus kepada barangan kereta sahaja, itu pun nilainya besar.
Menariknya, kemasukan ke Honda Day Malaysia 2025 kali ini adalah percuma berbanding RM10 sebelum ini.
Peserta yang membeli baju rasmi tetap layak menyertai cabutan bertuah dan akan menerima pelekat, topi serta nombor penyertaan.
Setakat ini, lebih 500 tempahan baju rasmi telah diterima melalui pendaftaran di laman sosial rasmi acara tersebut.
Acara Honda Day Malaysia 2025 dijadualkan berlangsung pada 20 Disember ini di Sepang.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




