Pernah tular menari pakai PPE, frontliner ‘kembali beraksi’ ceriakan penduduk PPR

Pernah tular menari pakai PPE, frontliner ‘kembali beraksi’ ceriakan penduduk PPR

Siapa yang tak sedih apabila melihat jumlah kes harian Covid-19 setiap hari bertambah dan sudah pun  melebihi 5 angka. Varian baru yang pelbagai dengan puluhan kluster baru muncul setiap hari membuatkan rakyat Malaysia mulai penat dengan semua ini.

Namun, disebalik keletihan kita, ada yang lebih penat dan lesu iaitu barisan petugas barisan hadapan. Mereka sudah berjuang memastikan semua yang tertular pandemik ini mendapat rawatan sewajarnya.

Jadi, tidak salah rasanya untuk mereka menghiburkan hati sendiri dengan melakukan regangan badan dengan menari dan gembira ketika menjalankan tugasan.

Hal ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @__nuramiraaa2 apabila memuat naik video frontliners yang lengkap memakai PPE menari meraikan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan Pangsapuri Sri Ayu, Kajang.

@__nuramiraaa2

Tamat dah pkpd pangsapuri sri ayu , trima kasih fortliner smua smoga korg sihat selalu😘💖💃🏻#fortlinerdancechallenge

♬ bunyi asal – ANN🦋 – ANN 🦋

Dapat dilihat mereka menari di lapangan bawah dan turut disaksikan penduduk di pangsapuri berkenaan yang sama-sama meraikan di rumah masing-masing.

Musik juga dipasang bagi memberi keceriaan kepada semua yang terkurung dirumah sejak beberapa minggu yang lalu.

@__nuramiraaa2

Trima kasih frontliner mnjaga kami slama 2 mnggu & membuat kami happy spnjg lockdown 😙💝#frontlinersmalaysia #frontlinersdancechallenge

♬ original sound – Mhmd Fasya – Mhmd Fasya

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih daripada 7 juta tontonan di TikTok hanya dalam masa sehari sahaja kerana berasa terhibur dengan posting berkenaan.

Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua frontliners yang sentiasa  menjaga dan menggembirakan mereka sepanjang 2 minggu itu.

@__nuramiraaa2

Diaorg lah yg mmbuatkn kami happy selama 2 mnggu lockdown pkpd, trima kasih atas jasa smua fortliner korg mmg trbaik & the best 😘💝#pangsapurisriayu

♬ bunyi asal – Nur Amira – Nur Amira

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet juga turut mengakui seronok melihat kerenah mereka yang memberikan senyuman kepada penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Walaupun kita semua bimbang dengan pandemik ini, namun kesihatan mental perlulah dijaga dan cara tersebut sedikit sebanyak membuatkan ramai yang kembali tersenyum semula.

Sumber: TikTok @__nuramiraa2

 

 

Scroll to Top