Pernah viral ikut gerak geri tuan, ‘guinea pig’ hembus nafas terakhir ketika ‘live’ TikTok

Pernah viral ikut gerak geri tuan, ‘guinea pig’ hembus nafas terakhir ketika ‘live’ TikTok

Gelagat seekor guinea pig yang sering bersama-sama tuannya live di aplikasi TikTok kerap menjadi perhatian.

Pengguna media sosial dikenali sebagai @at_bie juga tidak lokek berkongsi video-video kebersamaan mereka dan mendapat views yang agak tinggi memandangkan haiwan terbabit kerap mengikut gerak geri tuannya di hadapan kamera.

@at_bie

Patut ramai cakap muka sama , perangai pun sama 😭 #fyp #guineapig #kalbar #wonderpets

♬ original sound – At_Bie – Bie

Namun begitu, guinea pig atau tikus belanda yang bernama Kalbar berkenaan telahpun mati ketika mereka sedang bersiaran langsung malam tadi.

Difahamkan Kalbar memang sudah sakit dan tuannya yang menangis sewaktu menjelaskan kondisi haiwan itu mengatakan sudah beberapa klinik haiwan dikunjunginya demi menyembuhkan haiwan kesayangannya itu.

@at_bie

Mak bersyukur sayang , dari kalbar datang dekat mak sampai kalbar pergi , mak ada disisi kalbar. Kalbar dah ramai buat orang happy lagi lagi mak sayang. Simpan sini untuk mak dan lain untuk tidak lupakan kalbar sampai bila bila sayang. Kalbar tetap dalam hati mak sampai hembusan nafas mak , jumpa disana kalbar 🐹❤️ #fyp #biekalbar #guineapig

♬ original sound – Bie – Bie

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tumpang sedih dengan kehilangan Kalbar kerana tahu hubungan haiwan itu dengan tuannya begitu rapat.

Mereka juga sebak melihat Kalbar yang terlentuk tidak bermaya di bahu tuannya apabila menghembuskan nafas yang terakhir.

 

Sumber: TikTok @at_bie