Perniagaan digital jadi pilihan sewaktu pendemik 

Kuala Lumpur: Sejak Mac lalu, pandemik menyaksikan peralihan ekonomi menuju ke arah digitalisasi dan e-dagang.

Tinjauan Harian Metro di ibu negara mendapati sambutan pelanggan di premis perniagaan konvesional masih lagi rancak.

Bagaimanapun, ramai pengguna lebih memilih berkunjung ke premis perniagaan yang menyediakan kemudahan digital seperti pembayaran tanpa tunai.

Seiring peralihan trend pengguna, peniaga khususnya pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) disaran memanfaatkan kemudahan teknologi daripada U Mobile Biz seperti GoBiz, GoOffice, GoAcademy, dan banyak lagi.

Menariknya, anda boleh menerima lebih banyak transaksi pembayaran tidak kira menerusi e-dompet, Mastercard, UnionPay atau kad Visa.

Selain itu, GoBiz turut menyediakan peluang untuk peniaga menjana lebih pendapatan menerusi fungsi tambahan seperti servis tambah nilai prabayar, kredit permainan dan pembayaran bil utiliti.

Lebih menarik, GoBiz juga boleh dimanfaatkan sebagai medium pembayaran lebih efisien untuk perniagaan e-dagang.

Selain itu, pengguna tidak perlu risau kerana peranti Mobile Point of Sale (mPOS) GoBiz turut disertakan dengan ciri keselamatan terkini, memastikan semua transaksi pelanggan selamat dan terjamin.

Bagi meningkatkan produktiviti syarikat dalam norma baharu, pemilik perniagaan juga boleh memanfaatkan pakej semua dalam satu GoOffice.

Ia dilengkapi pakej Microsoft 365 Business seperti Outlook, Word, Excel dan PowerPoint yang boleh diakses sehingga 15 peranti, serta data internet berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati data hotspot sehingga 20GB, memastikan perniagaan kekal terhubung.

Tidak cukup dengan itu, ruang simpanan OneDrive Cloud bersaiz 1TB juga disediakan untuk pengguna menyimpan, berkongsi atau mengakses fail pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Dengan semua penawaran ini, pekerja terpaksa bekerja dari rumah kini bukan lagi satu masalah.

Sebagai persediaan menghadapi ekonomi kian mencabar, peniaga juga disaran meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan.

Ia penting agar mereka tidak ketinggalan sekali gus dapat memperbaharui strategi perniagaan menuju ekonomi digital.

Memahami keperluan itu, U Mobile Biz menerusi inisiatif GoAcademy, membantu peniaga PKS menguasai teknik perniagaan dan pemasaran dengan latihan, bengkel atau webinar.

Inisiatif ini adalah kerjasama U Mobile dengan Funding Societies, menjadikan proses permohonan pembiayaan dana perniagaan lebih cepat dan mudah.

Sumber : Harian Metro

Malay News
Technology Desk

 

 

Scroll to Top