Perniagaan rugi sebab Fattah Amin? El Azman tampil beri jawapan – “Jualan di butik jadi…”

Perniagaan rugi sebab Fattah Amin? El Azman tampil beri jawapan – “Jualan di butik jadi…”

Usahawan El Azman tampil memberi penjelasan susulan dakwaan yang tular di platform Threads yang mendakwa perniagaan baju Melayu miliknya bakal mengalami kerugian selepas melantik pelakon Fattah Amin sebagai duta.

Jualan di butik meningkat

Screenshot

Memetik laporan Gempak, El yang juga pengasas kepada jenama Elrah menolak spekulasi berkenaan dan menegaskan perniagaannya kini berada dalam keadaan yang stabil, malah mencatat peningkatan memberangsangkan sejak pelantikan beberapa duta termasuk Fattah.

Difahamkan, selain Fattah Amin, Elrah turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa nama besar seperti jaguh Muay Thai Johan Ghazali, penyanyi Joe Flizzow, pempengaruh Aya Balqis serta pemain bola sepak Arif Aiman.

Screenshot

“Tidak sama sekali. Kalau sebelum ini kita tengok dekat Threads ada yang cakap Elrah bakal berdepan kerugian teruk tahun ini sebab ambil Fattah Amin sebagai duta.
“Tapi ia tidak berlaku. Elrah tahun ini mencatat keuntungan yang lebih besar berbanding tahun lalu.
“Untuk pengetahuan, tahun ini kali pertama jualan butik kami jadi meningkat 100 peratus sepanjang lima tahun beroperasi. Duta yang diambil ini semuanya memang hebat,” katanya, baru-baru ini.

Menurut El, pemilihan duta yang bersesuaian memainkan peranan penting dalam meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama tersebut.

Mengulas lanjut mengenai Fattah, El menyifatkan pelakon itu sebagai individu yang mudah memberikan kerjasama dan mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan peminat.

Screenshot

“Fattah ini mempunyai penyokongnya yang tersendiri. Apabila saya umum sahaja dia sebagai duta, memang ramai yang sokong dan beli baju Elrah.
“Dia (Fattah) memang seorang lelaki yang baik. Kalau sebelum ini Elrah kena boikot, tapi disebabkan ambil Fattah, orang sudah tidak lagi boikot.
“Memang senang bekerjasama dengan Fattah ini,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Elrah jawab isu ciplak rekaan samping -“Motif keris warisan budaya, bukan hak eksklusif”

Perkongsian itu sekali gus menepis persepsi negatif segelintir pihak, selain membuktikan strategi pemasaran yang dilaksanakan memberi kesan positif terhadap perkembangan jenama Elrah.

Sumber: Gempak (Amri Hassan)

Scroll to Top