
Perodua akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini. Foto hiasan
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelancaran kenderaan EV Perodua buatan Malaysia sepenuhnya itu akan dijadikan Agenda Nasional.
“Kenderaan EV yang akan dilancarkan itu bersifat mampu milik, memenuhi kehendak nasional serta boleh menjana ekonomi (negara),” kata beliau ketika berucap semasa lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua di sini pada Selasa. – Bernama
Ringkasan AI
- Perodua akan melancarkan kenderaan elektrik pertama yang menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini
- Pelancaran tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Anwar juga merupakan Menteri Kewangan
- Kenderaan EV Perodua itu sepenuhnya buatan Malaysia
- Kenderaan tersebut bersifat mampu milik dan boleh menjana ekonomi negara



