Perpecahan ummah menuju kemusnahan

Perpecahan ummah menuju kemusnahan

BULAN Rabiul Awal selain peristiwa kelahiran dan wafatnya Baginda Rasulullah S.A.W, ada beberapa peristiwa lain yang perlu kita jadikan tauladan untuk kita ikuti dan sempadan yang wajib kita jauhi. Antaranya ialah: 

1. Perpecahan bangsa Arab memudahkan tentera bergajah Abrahah.

Peristiwa serangan Tentera Bergajah Abrahah berlaku sekitar 50 hari sebelum kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W. 

Oleh kerana itu tahun kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W dikenali dengan Tahun Gajah merujuk kepada peristiwa tersebut. Dalam kemaraannya tentera bergajah Abrahah melalui jalan yang mudah, walaupun ada beberapa kabilah Arab yang berusaha menyekat dengan melakukan perlawanan. 

Akan tetapi ketika itu bangsa Arab berpecah, ada yang menyokong dan menjadi barua kepada tentera Abrahah dan ada juga yang menentang Abrahah. Perlawanan yang dilakukan oleh kabilah yang menentang Abrahah tidak memberikan kesan, dengan begitu mudah mereka dikalahkan. 

Akan tetapi Bangsa Arab yang sama selepas mereka bersatu atas nama Islam, mampu mengalahkan dua empayar yang lebih besar dan hebat dari tentera bergajah Abrahah. Kemenangan dan kemuliaan yang dicapai oleh Bangsa Arab ketika itu ialah kerana mereka bersatu dan berpegang dengan Islam. 

2. Perpecahan ummah menyebabkan kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia.

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Kristian Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinand dan Isabella pada bulan Rabiulawal tahun 897H. 

Dan kesan daripada kejatuhan tersebut menyebabkan seakan-akan hilangnya Islam dari bumi Sepanyol tersebut. Umat Islam yang hendak menetap di Sepanyol mesti keluar daripada Islam, sekiranya didapati ada umat Islam yang masih berpegang dengan Islam mereka akan ditangkap dan diseksa serta tidak sedikit yang dibunuh. 

Maka berpecahlah, nescaya sejarah yang pernah berlaku akan memberikan pelajaran kepada kita.

SYAHRU RAMADHAN – HARAKAHDAILY13/10/2022

Advertisement