Persembahan lima bintang Bayern di Allianz Arena

Persembahan lima bintang Bayern di Allianz Arena

Aksi pemain Bayern ketika menewaskan Viktoria Plzen, 5-0 dalam perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena. – Foto EPA

GERGASI Bundesliga Bayern Munich, mencipta sejarah tersendiri apabila melebarkan rekod tanpa kalah saingan Liga Juara-Juara setelah membelasah Viktoria Plzen, 5-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Allianz Arena.

Skuad kendalian Julian Nagelsmann itu bermula garang apabila meledak tiga gol dalam tempoh 21 minit bermula dengan jaringan Leroy Sané (7′), Serge Gnabry (13′) dan Sadio Mane (21′), bagi mendahului separuh masa pertama.

Babak kedua, tuan rumah terus garang apabila menembah dua gol lagi bermula dengan jaringan Sane pada minit ke-50, sebelum Maxim Choupo-Moting melengkap persembahan lima bintang Bayern dengan gol minit ke-59′.

Kemenangan ketiga selepas mengharungi tiga perlawanan itu membolehkan Bayern memperkukuhkan cengkaman peneraju kumpulan dengan sembilan mata, tiga mata mengatasi pesaing terdekat Inter Milan.

Kejayaan di Munich itu juga menyaksikan mencipta rekod baharu saingan tertinggi kelab Eropah itu apabila mengekalkan rentak tanpa kalah dalam 31 perlawanan peringkat kumpulan dengan 28 kemenangan dan tiga seri, sekali gus memintas rekod lama milik gergasi La Liga, Real Madrid.


KEPUTUSAN


Olympique Marseille 4-1 Sporting Lisbon

Bayern Munich 5-0 FC Viktoria Plzen

Liverpool 2-0 Rangers

Inter Milan 1-0 Barcelona

Eintracht Frankfurt 0-0 Tottenham Hotspur

Ajax Amsterdam 1-6 Napoli

Club Brugge 2-0 Atlético de Madrid

Porto 2-0 Bayer Leverkusen

Scroll to Top