Beberapa hari lepas, berlaku satu insiden menggemparkan tanah air di mana seorang lelaki dilaporkan maut apabila terjun dari tingkat 3 KLCC dipercayai membunuh diri.
Insiden tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada para netizen.
Lebih menyedihkan apabila ramai yang mempersenda cara kematian individu tersebut di serata laman sosial termasuklah pelakon terkenal Azhan Rani.

Menurut perkongsian Instagram @mynewshub, baru-baru ini pemilik nama Azhan Abdul Rani itu dilihat meninggalkan komen pada salah satu ‘posting’ di Instagramnya yang memaklumkan tentang kejadian tersebut.
Tangkap layar komen pelakon berusia 45 tahun itu dikongsi semula oleh mynewshub.

Menerusi tangkap layar itu, jelas kelihatan pelakon itu menggunakan akaun peribadinya @azhan_rani membalas komen salah seorang individu yang menjadikan kejadian tersebut sebagai ‘jenaka’:
“Berkhemah sama si Nopal la..” balasnya singkat.
Perkataan ‘berkhemah’ itu dipercayai merujuk pada khemah yang dipasang oleh pihak berkuasa bagi menutup mayat di dalam ‘mall’ terkemuka berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan bintang drama ‘Kiblat Yang Hilang’ itu. Mereka menyifatkan dirinya sebagai seorang yang tidak sensitif terhadap isu kematian tambahan lagi membabitkan bunuh diri.







Terdahulu, tular gambar di media sosial memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah selepas dikatakan membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat membeli-belah terbabit.
Ketika kejadian, pihak pengurusan Suria KLCC, turut menutup sebahagian ruang di tingkat bawah bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pihak polis dan pegawai perubatan, lapor pihak media.
Sumber: Instagram @mynewshub




