Persiapan raya lebih mudah di Ragam Raya Fest

Persiapan raya lebih mudah di Ragam Raya Fest

Putrajaya : Lebih 188 vendor raya menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan sempena festival mega, Ragam Raya Fest yang berlangsung di IOI Grand Exhibition & Convention Centre (IOI City Mall Putrajaya) bermula 13 hingga 15 Mac ini.

Festival anjuran GoodFellas ini menawarkan pelbagai kemudahan menjelang sambutan Hari Raya ia termasuk pilihan baju raya, tudung, aksesori, barangan kecantikan, wangian, kuih raya, kasut, beg tangan, biskut raya serta pelbagai lagi keperluan menyambut Aidilfitri.

Wakil penganjur, Sham Amir berkata, acara itu dijadualkan dari jam 11 pagi hingga 1 pagi.

“Lebih istimewa pengunjung berpeluang menikmati pelbagai hadiah dan tawaran istimewa sepanjang festival berlangsung.

“Ia termasuk 100,000 botol BRAND’S Sari Pati Ayam, 1,000 tudung eksklusif MINAZ dan 1,000 CelcomDigi Simpack yang diagihkan secara percuma untuk pengunjung terawal,” katanya.

Tambahnya, pengunjung juga bakal menerima pelbagai baucar diskaun dan tawaran eksklusif daripada vendor yang akan disediakan melalui sistem pendaftaran QR oleh Happie Token, selaku rakan strategik bagi sistem digital baucar acara ini.

“Kemasukan adalah percuma dan pengunjung boleh menikmati pengalaman beli-belah yang selesa kerana lokasi festival berada di dalam pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, (IOI City Mall Putrajaya), lengkap dengan kemudahan pendingin hawa serta fasiliti yang mesra pengunjung,” katanya.

Tidak hanya tarikan jualan, festival ini juga menyediakan persembahan pentas membabitkan artis popular tanah air.

“Antaranya seperti persembahan Malam Madrasah Ramadan daripada Inteam, nyanyian ikonik daripada Ruffedge serta artis naungan XO House menampilkan Iman Troye, Ammar Haikal dan XO Jr.

“Selain itu, bakal disaji persembahan Maskot Ketupat Comel, Aurora Acapella dan dendangan malam penutup oleh Hanefflee dan Amzar. Tidak lupa podcast S.U.A.M (akronim Saharul, Ustaz Hariz, Amar dan Menteri Agama),” katanya.

Selain itu pengunjung juga berpeluang melihat penampilan, Ryan Deedat dan Ara Aziz sebagai hos manakala Papa Ayie dan Yuna Zainal sebagai pempengaruh Ragam Raya Fest.

Festival ini juga diperkasa dengan pembabitan jenama syarikat besar sebagai penaja rasmi termasuklah BRAND’S Essence of Chicken sebagai penaja rasmi, rakan strategik (Minaz), hotel rasmi (Hotel Moxy Putrajaya), CelcomDigi, Kopilihanku, Zus Originals, Medina Craft Indonesia dan Lightxpert.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top