PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta gembira pasukannya telah berkembang dengan baik walaupun dikritik bahawa The Gunners tidak mempunyai semangat yang sama seperti musim lalu.
Arsenal ketika ini menduduki tempat teratas Liga Perdana Inggeris dan mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas membelasah Lens, 6-0 pada Khamis.
Namun, kehebatan pasukan itu bukan dinilai daripada segi serangan kerana Arsenal banyak bergantung kepada kemantapan pertahanan mereka untuk naik ke puncak liga.
Empat daripada sembilan kemenangan Liga Perdana mereka adalah dengan jaringan 1-0, termasuk hujung minggu lalu di Brentford.



