Selama ini, oleh sebab sifat tertutup sistem Apple, kalau anda pengguna iPhone, mesti pernah rasa susah nak hantar fail ke Android atau Windows. AirDrop memang mudah untuk iPhone ke iPhone, tapi bila nak kongsi ke Android – kena guna Telegram, WeChat, atau upload dulu ke cloud. Leceh dan lambat, terutamanya untuk fail besar.
Isu ni memang dah lama jadi masalah, terutama bagi yang guna pelbagai jenis peranti dalam kerja atau pembelajaran.
HONOR telah melangkaui had teknologi tersebut dengan menjadi jenama yang pertama merealisasikan keupayaan sambungan peranti merentasi tiga sistem utama (Cross-OS Connectivity) iaitu Windows, iOS, dan Android, sekaligus menjadi jenama peranti pintar pertama dalam industri yang berjaya menghubungkan ekosistem rentas platform.
HONOR Connect: Penyelesaian Mudah Antara iPhone, Windows & Android

Kini HONOR tampil dengan teknologi HONOR Connect, yang pertama seumpamanya di luar China. Ia membolehkan anda kongsi fail terus antara iPhone, Android dan juga PC Windows dengan mudah.
Sebagai contoh, pengguna iPhone tidak lagi terhad kepada pilihan laptop Macbook disebabkan halangan ekosistem, kini dengan fungsi HONOR Connect, mereka boleh juga mempertimbangkan laptop Windows seperti HONOR MagicBook Pro 14 dan tak payah risau tentang sambungan antara iPhone dan laptop Windows.
Hanya pasang aplikasi HONOR Connect pada iPhone atau iPad, dan anda boleh terus pindahkan gambar, video, atau dokumen ke peranti HONOR yang serasi seperti: Siri HONOR 400, HONOR Pad 10 dan HONOR MagicBook Pro 14.
Fungsi ini memudahkan kerja, tak kira anda pelajar, cikgu, pereka grafik, atau usahawan – tak perlu lagi buang masa guna banyak aplikasi lain.
HONOR MagicBook Pro 14: Laptop Ringan, Power & Pintar

Salah satu produk yang menyokong HONOR Connect ialah HONOR MagicBook Pro 14, yang bakal mula berada di pasaran pada 13 Jun 2025, pada harga RM4,999.
Laptop ni bukan biasa-biasa. Ia jadi pilihan utama pelajar dan profesional sebab gabungan prestasi tinggi, bateri tahan lama, dan ciri pintar AI yang memudahkan kerja harian.
Bateri Tahan Seharian, Cas Laju Gila

HONOR MagicBook Pro 14 dilengkapi bateri 92Wh Lithium Polymer, yang pertama seumpamanya dalam laptop 14 inci. Boleh tahan sehingga 12 jam penggunaan biasa – cukup untuk kerja pagi, meeting petang, dan hiburan malam tanpa perlu dicas.
Bila bateri dah hampir habis pun tak perlu risau. Laptop ni sokong HONOR SuperCharge 100W – boleh cas 47% dalam 30 minit, dan penuh dalam masa lebih kurang 68 minit.
Reka Bentuk Nipis, Ringan & Premium
Walaupun ada bateri besar, HONOR MagicBook Pro 14 sangat ringan – hanya 1.37kg dan nipis – cuma 15.9mm. Mudah dibawa ke kelas, pejabat, atau kafe.
Reka bentuknya juga menawan dengan Vine-leaf Curves Design dan kemasan Double Tangent Arcs yang selesa dipegang. Warna putih dengan kemasan pearl electrophoresis beri rasa premium dan eksklusif.
Sesuai Untuk Kerja Berat & Hiburan
Dilengkapi pemproses Intel® Core™ Ultra5 225H, HONOR MagicBook Pro 14 menyediakan pengalaman pengkomputeran yang kuat dan seimbang. HONOR MagicBook Pro 14 juga dilengkapi sistem penyejukan dwi-mod baharu, dengan sirip kipas berbentuk segitiga yang meningkatkan penyejukan sebanyak 8.6%.
Ada juga mod prestasi 65W, menjadikan laptop ini cukup berkuasa untuk main game AAA, guna software design, atau buka banyak aplikasi serentak tanpa lag.
Pendek kata, laptop ni sesuai untuk mereka yang mahukan peranti bagi tujuan kerja atau belajar, tapi nak sesuatu yang ringan, tahan lama, dan mudah dibawa ke mana-mana.
Hadiah Percuma & Tawaran Menarik

Dengan setiap pembelian HONOR MagicBook Pro 14, anda akan dapat:
-Microsoft 365 Personal – Langganan 1 Tahun Percuma (siap pasang)
-Beg laptop HONOR eksklusif
Jumlah nilai hadiah percuma ni mencecah RM508. Memang berbaloi untuk harga RM4,999!
Nak Tahu Lebih Lanjut?
Jangan tunggu lama-lama. HONOR MagicBook Pro 14 mula dijual 13 Jun 2025. Untuk maklumat lanjut, lawati laman rasmi HONOR: www.honor.com/myÂ
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.