Pelakon dan penyanyi Erra Fazira berkongsikan detik awal perkenalannnya dengan bakal suaminya, Mr E yang lebih suka membuat panggilan dan pertama kali bergayut di telefon selama enam jam.
Menerusi satu podcast, Erra berkata ianya pengalaman baru baginya memandangkan dia lebih selesa untuk berkomunikasi melalui mesej.
BACA: Erra Fazira, Mr E Nikah 12 Disember
“Saya ni tak kaki bercakap dalam telefon. Nak apa-apa mesej saja. Dia (Ezwan ni nak call call. Tahu tak berapa lama?
“Pertama kali dalam hidup bercakap dalam telefon 6 jam. Apa? Saya macam dia ni bila nak letak telefon. Saya sampai boleh letek telefon dekat tepi dan buat kerja lain. Saya pertama kali tau bergayut lama macam tu. Tak pernah,” katanya.
Turut menjadi perhatian, Mr E atau nama sebenarnya Ezwan Zain mendedahkan Erra tidak menggunakan aplikasi WhatsApp dan agak sukar untuk mereka berkomunikasi pada awalnya.
“Dia tak ada WhatsApp. Korang pernah terfikir tak macam mana nak berhubung dengan Erra yang tak ada WhatsApp.
“Orang pakai WeChat nak pergi China saja, Erra pakai di Malaysia. Saya mula-mula ingat dia tipu atau guna dua telefon. Jadi awal-awal kami berkomunkasi di Instagram,” katanya.
Minggu lalu, Erra mengumumkan bakal bernikah dengan Mr E pada 12 Disember ini dan majlis resepsi mereka akan diadakan pada keesokan harinya.
Sumber: mStar Online




