Negara jiran kita, Indonesia nampaknya dikejutkan dengan skandal rasuah sebanyak RM57.3 bilion, lebih banyak dari skandal rasuah 1MDB. Memetikan kenyataan, Pejabat Peguam Negara Indonesia, telah menahan dua eksekutif dari unit syarikat tenaga milik negara, Pertamina, atas dakwaan rasuah berkaitan kualiti bahan api.
Kes ini didakwa menyebabkan kerugian negara sebanyak AS$12 bilion (kira-kira RM57.3 bilion). Dua individu yang ditahan ialah Pengarah Pemasaran Pertamina Patra Niaga, Maya Kusmaya dan Naib Presiden Perdagangannya, Edward Corne.
Skandal rasuah Pertamina, beli minyak murah tapi bayar harga tinggi?

Menurut Pengarah Jenayah Khas Pejabat Peguam Negara, Abdul Qohar, kedua-dua suspek didakwa meluluskan import petrol oktana 90 (Pertalite) tetapi membelinya pada harga petrol berkualiti lebih tinggi, iaitu Pertamax (oktan 92).
Mereka juga didakwa mencampurkan petrol oktana 88 (Premium) dengan Pertamax, kemudian menjualnya sebagai bahan api beroktan lebih tinggi.
Tindakan ini menyebabkan pembayaran produk minyak yang diimport dibuat pada harga tinggi tetapi tidak sepadan dengan kualitinya.
Kerugian negara mencecah RM57.3 bilion…


Abdul turut mendedahkan bahawa eksekutif terbabit menggunakan kontrak pasaran segera (spot contract) berbanding kontrak niaga hadapan (future contract) ketika membuat pesanan bahan api.
Akibatnya, Pertamina Patra Niaga terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi setiap tempahan. Keseluruhannya, negara mengalami kerugian sebanyak 193.7 trilion rupiah (kira-kira RM57.3 bilion).
#ApaKataOhmedia
Rasuah dalam industri tenaga bukan perkara kecil kerana ia melibatkan ekonomi negara dan rakyat. Kerajaan Indonesia perlu memastikan individu bersalah dihukum dan langkah pencegahan diambil agar perkara ini tidak berulang.





