Pertandingan memancing Bukit Kura meriah

Pertandingan memancing Bukit Kura meriah

KANGAR: Pertandingan memancing anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dari Kampung Bukit Kura berlangsung meriah.

Hadiah kepada para pemenang pertandinyan itu disampaikan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.

Katanya, program itu juga menghimpunkan lebih 300 masyarakat setempat.

“Selain bersaing dalan pertandingan memancing itu, ia juga dapat mengeratkan uhkwah dalam kalangan penduduk setempat.

“Ketua cawangan di sini, Pak Su Husin juga sentiasa bersama sebagai tonggak utama menggerakkan program-program kemasyarakatan seperti ini.

“Ini juga menunjukkan di mana jua kita berada hubungan sesama penduduk setempat sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan.-UTUSAN

Scroll to Top