am@hmetro.com.my
Gua Musang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS pada 17 Ogos ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Nenggiri, Nik Raisnan Daud mengumumkan calon yang layak bertanding selepas proses penamaan calon tamat pada 10 pagi tadi di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang di sini.
Beliau mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon Mohd Rizwadi Ismail jam dan calon 9.02 jam, sebelum disusuli calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada jam 9.08 pagi.
Nik Raisnan berkata, tiada kertas penamaan calon yang ditolak oleh pihaknya.
Terdahulu Mohd Rizwadi bergerak masuk ke pusat penamaan calon pada jam 8.45 pagi, manakala Mohd Azmawi Fikri tiba jam 9 pagi.
Ribuan penyokong daripada kedua-dua parti yang bertanding setia menunggu di luar pagar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penamaan calon bagi pilihan raya itu hari ini diikuti pengundian pada 17 Ogos.
Seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.
© New Straits Times Press (M) Bhd




