Pertemuan PM & Ahli Parlimen BN tak sentuh isu panas, cuma bincang dasar – Zambry

Pertemuan PM & Ahli Parlimen BN tak sentuh isu panas, cuma bincang dasar – Zambry

Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam tadi tidak menyentuh sebarang isu khusus, sebaliknya hanya membincangkan dasar kerajaan dan perkembangan semasa.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pertemuan itu adalah sebahagian daripada sesi taklimat berkala yang lazim diadakan dalam kalangan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak boleh jelaskan secara terperinci berhubung perbincangan malam tadi, namun tiada isu khusus yang dibincangkan. Sebaliknya ia berkait dasar dan isu semasa yang memerlukan penjelasan Perdana Menteri,” katanya.

PM & Ahli Parlimen BN tak sentuh isu panas

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry memaklumkan bahawa segala cadangan dan pandangan daripada Ahli Parlimen turut diambil perhatian dalam pertemuan itu, namun tiada keperluan untuk memperincikan butiran secara terbuka.

“Apa isunya yang dibangkitkan tidak perlu saya perincikan, cukup saya maklum secara umum,” katanya.

Artikel lain: Hampir 3 tahun jadi PM, saya tak pernah masuk campur urusan mahkamah – Anwar

Terdahulu, media melaporkan pertemuan antara Perdana Menteri dan beberapa menteri serta Ahli Parlimen BN berlangsung selama hampir dua jam dan berakhir sekitar jam 9.20 malam.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Scroll to Top