
Aksi pemain Jepun dan Iraq ketika perlawanan Kumpulan D Piala Asia pada Jumaat. FOTO: AFP
PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu mengakui perubahan taktikal yang dilakukannya menjadi punca pasukan itu tewas mengejut kepada Iraq 1-2 dalam aksi Kumpulan D Piala Asia pada Jumaat.
Juara Asia empat kali itu bolos pada awal dan akhir separuh masa pertama menerusi jaringan Aymen Hussein untuk menyukarkan perjalanan mereka dalam aksi kumpulan.
Wataru Endo memberi harapan kepada Jepun dengan jaringan pada masa kecederaan pada penghujung permainan tetapi Moriyasu mengakui ia sudah terlambat untuk bangkit.
“Kami tidak dapat mencipta banyak peluang besar dan kami perlu memikirkan semula mengenai perlawanan ini.



