Pesanan Anwar Ibrahim Buat Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi

Pesanan Anwar Ibrahim Buat Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi

Oh! Negara

Anwar sahkan tiada rombakan Kementerian Ekonomi selepas Rafizi letak jawatan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sebarang keperluan untuk merombak struktur Kementerian Ekonomi selepas Datuk Seri Rafizi Ramli melepaskan jawatan sebagai Menteri.

Ura-ura penutupan kementerian itu dikatakan mula tersebar susulan pengunduran Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Anwar menyifatkan Rafizi telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang berada dalam Kabinet, dan menegaskan bahawa buat masa ini tidak ada perubahan besar yang akan berlaku terhadap kementerian berkenaan.

Saya fikir tidak ada keperluan untuk kita rombak apa-apa setakat ini, dan saya ucap selamat maju jaya kepada Rafizi yang telah berkhidmat begitu baik sebagai Menteri Ekonomi.

EPU masih berfungsi, tiada isu berbangkit…

Menurut Anwar, asal-usul Kementerian Ekonomi adalah daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang sebelum ini beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ketika pentadbiran pertama Pakatan Harapan, EPU kemudiannya dijadikan kementerian yang mengurus fungsi sama.

Buat masa ini, tiada isu, tiada masalah. Jadi, mari kita teruskan.- Kata Anwar.

Laporan sebelum ini mendakwa terdapat cadangan untuk menamatkan operasi Kementerian Ekonomi dan mengembalikan semula fungsi EPU ke bawah JPM.

Sumber turut memaklumkan bahawa Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antara individu yang disebut bakal dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri.

Ini berikutan kekosongan jawatan selepas Rafizi dilihat ā€˜tidak diberi perhatian’ oleh kerajaan selepas kekalahan dalam pemilihan parti PKR baru-baru ini.

Pssttt! Kadangkala dunia politik berubah dengan pantas, tapi yang penting adalah kestabilan dasar negara. Apa jua perubahan dalam Kabinet seharusnya berpaksikan kepada kepentingan rakyat, bukan spekulasi. Sama ada Rafizi kekal atau diganti, rakyat mahu kesinambungan pembangunan ekonomi yang kukuh dan berkesan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top