farid_noh@bh.com.my
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan akan mendapatkan bantuan pesara doktor dan pesara jururawat serta doktor pelatih atau pelajar perubatan bagi menambah petugas membantu vaksinasi COVID-19.
Pertambahan petugas profesional amat diperlukan kerana lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka, bagi mencapai sasaran 80 peratus rakyat divaksin dan mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata lebih banyak PPV berskala besar juga akan dibuka di daerah dan negeri yang mempunyai kemudahan yang sesuai.
“Itulah sebab utama saya ke beberapa negeri termasuk Johor hari ini. Untuk memastikan pembukaan lebih banyak PPV berskala besar, sekali gus dapat mempertingkat pemberian vaksin dalam masa terdekat.
“Julai ini kita perlu memvaksin lebih 200,000 penerima sehari. Dan, Ogos ini sasarannya 300,000 penerima sehari,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd