Siapa sangka wang persaraan yang dikumpul bertahun-tahun akhirnya lesap selepas terjebak dengan skim pelaburan dikaitkan dengan suami seorang selebriti terkenal bergelar Datuk Seri.
Memetik laporan Kosmo!, seorang pesara mendakwa rugi RM109,500 selepas terperangkap dalam skim pelaburan itu selepas diperkenalkan oleh kenalannya pada 29 Januari 2023.
Pesara dakwa menjadi mangsa suami selebriti berpangkat Datuk Seri

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, bekas pekerja pelantar minyak itu bersetuju untuk mendengar penerangan daripada ejen pemasaran skim pelaburan tersebut secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting.
Mangsa mendakwa penerangan mengenai skim pelaburan itu diberikan oleh suami selebriti berpangkat Datuk Seri.
Janji keuntungn 18% setahun

Selepas mendengar penerangan, pesara tersebut bersetuju untuk melabur dalam satu pakej berjumlah RM150,000 yang menjanjikan pulangan lumayan iaitu 18 peratus setahun selama tiga tahun.
Pada peringkat awal, mangsa sempat menerima keuntungan berperingkat sebanyak RM40,500 seperti yang dijanjikan.
Namun, semuanya berubah apabila pembayaran keuntungan tersebut terhenti bermula 29 Oktober tahun lalu.
Mangsa akhirnya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.




