Oh! Tidak
Pesara tentera dakwa isteri ada dua suami selepas berkahwin dengan lelaki Pakistan sebelum cerai di Bachok.
Siapa sangka urusan ambil surat cerai bertukar menjadi detik paling mengejutkan dalam hidup seorang pesara tentera ini.
Lapor Berita Harian, hasratnya hanya mahu menyelesaikan urusan rasmi, namun apa yang dimaklumkan pegawai pejabat agama benar-benar membuatkan dia terkedu.
Rahsia terbongkar di pejabat agama
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu mendakwa isterinya sebenarnya telah bernikah dengan lelaki Pakistan ketika mereka masih lagi sah sebagai suami isteri.

Menurutnya, perkara itu diketahui ketika dia hadir ke pejabat agama di Bachok pada Selasa lalu bagi mendapatkan surat perceraian.
Ketika itulah dia dimaklumkan bahawa bekas isterinya direkodkan mempunyai dua suami.
Lebih mengejutkan, wanita berkenaan dikatakan telah melangsungkan perkahwinan dengan lelaki Pakistan itu pada Disember tahun lalu. Sedangkan perceraian pasangan tersebut hanya dimuktamadkan pada 14 Januari lalu.

Berasa tidak puas hati, lelaki itu kemudian menemui imam yang menguruskan pernikahan berkenaan. Difahamkan, imam tersebut memaklumkan bahawa semua dokumen yang dikemukakan ketika akad nikah adalah lengkap dan tiada isu ketika dihantar ke pejabat agama.
Susulan perkembangan itu, pesara tentera terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok bagi mendapatkan tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut.
Pssttt! Hal perkahwinan melibatkan hukum dan undang-undang yang jelas. Jika benar dakwaan ini berlaku, ia satu perkara serius dan perlu disiasat secara menyeluruh. Kita tunggu penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa agar kebenaran dapat diketahui semua pihak.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




