Pesawat ‘Jatuh’ Kira-Kira Dua Tingkat Bangunan Tinggi, Farah Lee Kongsi Berdepan Detik Cemas!  -“Rasa Macam Diberi Peluang Kedua”

Pesawat ‘Jatuh’ Kira-Kira Dua Tingkat Bangunan Tinggi, Farah Lee Kongsi Berdepan Detik Cemas!  -“Rasa Macam Diberi Peluang Kedua”

Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee berkongsi detik cemas ketika menaiki kapal terbang yang secara tiba-tiba terjatuh.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Farah menggambarkan kejadian pesawat itu seolah-olah jatuh lebih dua bangunan tinggi.

“We experienced a sudden turbelence (pesawat tak dapat kesan jadi tanda pakai tali pinggang tertutup) which caused a massive drop! Saya rasa lebih dua tingkat bangunan sebab tinggi and berlaku dalam beberapa saat.

“Semua orang terangkat tinggi, yang berdiri jatuh terduduk. Cuak gila macam naik solero shot kat themepark. Ada buak-budak yang menangis gigil-gigil sebab terkejut,” tulisnya.

Bercerita lebih lanjut, Farah berkata dia mengalami kesan lebam di lengan, selain kawasan punggungnya sakit akibat terhempap.

“Pesawat jatuh, bukan gegar macam normal turbelence tu, tapi dia punya jatuh tinggi tak boleh buat main.

“Punya kuat terhempap, keluar kapal terbang punggung aku sakit gila rasa macam jatuh terduduk,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Farah yang kini selamat tiba di Tashkent dengan selamat meluahkan rasa syukur dan lega apabila diberi peluang kedua dalam hidup.

“Alhamdulillah, sekarang kami dah selamat sampai Tashkent. Masa kejadian tadi, memang reda kalau hayat sampai takat itu saja. Bila kapal terbang dah naik balik tu baru lega, macam diberi peluang hidup yang baru.

“Aku tak boleh bayangkan perasaan mangsa-mangsa yang kapal terbang terhempas. Semoga Allah pelihara kita semua, Insya-Allah,” akhirnya.

Artikel Berkaitan: Didakwa Salah Guna Dana, Farah Lee Beri Penjelasan – “Hati-Hati Jangan Terburuk Sangka…”

Artikel Berkaitan: Farah Lee Luah Rasa Curiga Bila Daud Kim Minta Sumbangan Bina Masjid – “Korea Selatan Haram Pakai Akaun Peribadi”

Scroll to Top