
Insiden berlaku sejurus pesawat mendarat selepas penerbangan dari Tanah Merah dengan membawa 13 penumpang. Foto: Agensi
BOVEN DIGOEL – Pesawat Smart Air dengan nombor penerbangan PK-SNR dilaporkan ditembak kumpulan bersenjata di Korowai, Kabupaten Boven Digoel, Papua Selatan pada Khamis.
Menurut pihak berkuasa, insiden berlaku sejurus pesawat tersebut mendarat selepas penerbangan dari Tanah Merah dengan membawa 13 penumpang.
Ketua Polis Boven Digoel, AKBP Wisnu Perdana mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa juruterbang serta pembantu juruterbang disahkan meninggal dunia akibat tembakan tersebut.
“Benar, sekitar jam 11 pagi waktu Indonesia Timur, pesawat yang membawa 13 penumpang ditembak dan juruterbang serta pembantu juruterbang dilaporkan meninggal dunia,” katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita Antara.
Setakat ini, pihak keselamatan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pelaku serta motif serangan.
Keadaan penumpang lain belum diperincikan, namun operasi keselamatan sedang dipertingkatkan di kawasan berkenaan.
Wilayah Papua sebelum ini sering mencatatkan insiden keselamatan membabitkan kumpulan bersenjata, termasuk serangan terhadap infrastruktur dan pengangkutan awam. – Agensi
Ringkasan AI
- Pesawat Smart Air ditembak di Korowai, Papua Selatan
- Insiden berlaku selepas pendaratan dari Tanah Merah dengan membawa 13 penumpang
- Juruterbang dan pembantu juruterbang meninggal dunia
- Siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti pelaku dan motif
- Operasi keselamatan diperkuat di kawasan tersebut



